Wednesday 12 February 2014

ISU BERKAITAN MEAL SHAKES SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Hari ni mari membaca mengenai meal shakes dari shaklee pulak..sebelum tu mesti ada yang tak tahu ape meal shakes ni...ok, kita tengak gambar dulu...


Meal shakes ini mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral. Asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang terdapat dalam meal shakes ni berfungsi untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Juga mengandungi vitamin A,C,E,Zink,Selenium berfungsi sebagai anti-oksidan. Vitamin b-complex dan zat besi pula untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Selain dari vitamin, meal shakes juga kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut serta kaya dengan protein yang membantu dalam penyihatkan sel.

Ok, dah tahu serba sedikit pasal meal shakes..tengok pada kandungannya..meal shakes memang marvelous..tapi masih ada isu yang sentiasa dipersoalkan oleh ramai pengguna...

Pertama berkaitan dengan MALTODEXTRIN.

Meal shakes shaklee ada maltodextrin?? Ya, betul..memang ada..
Tapi sebelum tu..apa itu maltodextrin...? Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan-makanan proses sebagai 'thickener' atau 'filler'.
Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Maltodextrin bukannya sejenis bahan kimia. Ia diperlukan untuk membekalkan "glucose" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik Tinggi. tapi keburukannya, jika maltodextrin tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak..Itu sahaja keburukannya..

Kedua berkenaan KANDUNGAN GULA dalam meal shakes.


Pada pelekat meal shakes shaklee ada tertulis untuk serving per 100g meal shakes membekalkan 47.1g gula. Kandungan gula ni memang tinggi untuk kanak-kanak...tapi panduan pada botol meal shakes tertulis serving size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana cuma 16g gula sahaja...jadi..di sini meal shakes yang tidak selamat atau kita yang tidak mengikut panduan pemakanan yang disarankan?


Terakhir berkaitan dengan UMUR ...adakah meal shakes sesuai diberikan kepada kanak-kanak?


Jika ditanya kepada pengedar shaklee, ramai yang akan memberi jawapan kanak-kanak berusia 1 tahun dan keatas boleh mengambil meal shakes tapi jumlah pengambilan mestilah diselaraskan mengikut umur kanak-kanak tersebut. Sebenarnya serving 34g yang dicadangkan tu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.


Apa-apapun bergantung kepada kebijaksanaan dan penilaian ibu bapa itu sendiri..

Disini saya sertakan juga testimonial dari customer yang sangat berpuas hati selepas memberikan meal shakes kepada anaknya yang berumur 2 tahun lebih..


BEST PRICE MEAL SHAKES?

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



1 comment:

fuza said...

Singgah sini...