Tuesday 25 February 2014

TIPS KURUS 1 : KENAPA SURI RUMAH SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum semua.

Hari ini dan seterusnya saya akan kongsikan serba sedikit tips untuk kurus..
Tips ni saya baca dari FB seorang kawan yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg dalam masa lebih kurang 4 bulan.. saya dah mintak izin untuk attach gambar dia... so tunggu approval dari tuan tanah dulu yer... Tip-tip yang dia kongsikan memang sangat berinformasi dan sangat-sangat boleh membantu sesiapa yang nak turunkan berat badan.. dia pun follow blog dan tips dari kevin zahri.

PERSOALAN YANG SELALU DI TANYA.

Kenapa suri rumah yang banyak melakukan kerja-kerja rumah susah hendak turunkan berat badan walaupun  melakukan kerja-kerja rumah yang boleh membakar banyak kalori? Bekerja di rumah dari pagi sampai malam tapi berat tak turun-turun jugak. runsingkan?

Bukan sedikit kerja rumah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar suri rumah. Daripada mengemas, menyapu, mengemop, membasuh baju dan pinggan mangkuk, memasak, menghias laman rumah, melayan karenah anak-anak yang berbagai-bagai ragam dan banyak lagi lah.


Tetapi......... yang tak bestnya kenapa masih tidak kurus-kurus lagi. Bukankah aktiviti-aktiviti tu boleh membakar kalori dengan banyak?

Ok, di sini saya akan kongsikan sebab kenapa kerja-kerja rumah ni tak begitu membantu dalam menurunkan berat badan.. Aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja rumah sekiranya dilakukan buat pertama kali mungkin boleh dikira sebagai senaman, dan sudah semestinya berat badan akan turun beberapa kg dalam masa sebulan, namun percayalah, selepas itu berat badan tidak akan turun lagi.

KENAPA JADI MACAM TU?

Ini kerana, kerja-kerja rumah tersebut, apabila dilakukan berulang-ulang kali, ia akan berubah menjadi 'RUTIN' di mana badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim badan tidak berkurangan.
Turun berat badan ni sebenarnya di kira sebagai satu kerugian oleh tubuh badan kita. Bagi kita turun berat badan adalah bagus untuk mendapatkan BMI yang ideal tetapi badan kita tidak berfikir begitu.. tubuh badan kita berfikir sebaliknya.

Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori yang banyak, namun ia tidak membakar lemak secara efektif.. Untuk membakar lemak, kita kena pandai 'menipu' badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus 'tertipu' untuk membakar kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang tidur!! Inilah resepi kejayaan 'weigh/fat loss' yang ramai mungkin tidak nampak..


JADI, APA YANG PERLU DILAKUKAN?



Senaman harus dirombak sekali dalam 2 minggu supaya badan kita sentiasa terkejut dengan rejim senaman yang baru... Kerja rumah memang kena buat tiap-tiap hari kerana itu adalah rutin harian suri rumah tapi anda boleh selitkan sedikit senaman semasa melakukan kerja rumah dengan melakukan skipping selama 30 minit..seminggu lakukanlah senaman 2-3 kali.. 2 minggu kemudian blh tukar skipping ke berlari2  turun dan naik tangga atau bermain badminton.. buatlah senaman apa pun yang penting keluar peluh dan dapat bakar kalori.



Semoga bermanfaat untuk semua...tunggu tips seterusnya....selamat membaca..

P/S : OMEGA GUARD pun boleh membantu dalam membakar lemak.. kalau makan OMEGA plus senaman mesti resultnya marvelass kan??

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



3 comments:

Farah Waheda Wahid said...

great piece of sharing dear...

Anonymous said...

Ades, BMI ni yang kes berat ni :-p susah nak bawak turun

Maria Firdz said...

Nice sharing.. Sy pula nk naikkn brt bdn..