Sunday 16 February 2014

Probiotics dan kesihatan usus

Assalamualaikum semua.


Masalah ketidakhadaman seperti cirit-birit,angin yang banyak di dalam badan dan sembelit sudah menjadi satu masalah  bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Masalah ini amat mengganggu kehidupan seseorang. Sudah mencuba pelbagai ubat-ubatan tetapi kesannya hanya sementara.

APA ITU SINDROM IRITASI USUS (irritable bowel syndrom)?

Sindrom iritasi usus adalah suatu masalah penghadaman yang digambarkan seperti sakit perut, kejang, angin, gas, cirit-birit dan sembelit. Masalah ini terjadi biasanya adalah disebabkan oleh pengurangan bakteria baik di dalam badan. Faktor gaya hidup dan faktor persekitaran seperti tekanan, pencemaran dan minum terlalu banyak kafein dan alkohol boleh menyebabkan kemusnahan bakteria yang baik ini.

Kebanyakkan pelanggan yang datang selalunya mempunyai masalah angin yang banyak di dalam badan. Angin yang banyak ni menyebabkan rasa loya dan nak muntah, sakit-sakit badan dan pening kepala. Ada sampai  pelanggan berfikir mereka mempunyai kanser usus...ermmm..dashyat kan??

SO, APA JALAN PENYELESAIANNYA.

Selalunya bila berdepan dengan masalah seperti ini, saya selalu cadangkan kepada pelanggan untuk mengambil PROBIOTICS.

PROBIOTICS TU APA YE?

PROBIOTICS adalah bakteria hidup yang secara semulajadi memang terdapat dalam salur penghadaman dan vagina. Probiotics bertindak menekan pertumbuhan bakteria berbahaya, memperbaiki fungsi imun badan dan meningkatkan halangan rintangan sistem pencernaan.

Pesakit yang mempunyai sistem iritasi usus selalunya tidak mempunyai cukup bakteria yang baik dalam usus dan ini menyebabkan peningkatan dari bakteria yang menghasilkan gas.

Probiotics boleh membantu dalam menangani masalah sindrom iritasi usus seperti ketidakhadaman, cirit-birit, sakit perut dan angin.
Probiotics juga bertindak dengan membetulkan semula kekurangan bakteria baik di dalam sistem penghadaman.


Studies have found that probiotics may be helpful for people with irritable bowel syndrome. For example, a fairly large study published in the American Journal of Gastroenterologyexamined the use of three different doses of Bifidobacterium infantis or a placebo in 362 women with irritable bowel syndrome. After four weeks, the B. infantis dose of 1 x 10(8) c.f.u. was found to be more effective than a placebo at reducing abdominal pain, bloating, bowel dysfunction, incomplete evacuation, straining, and gas.


Probiotics ada dalam bentuk capsules, serbuk dan cecair. Ia memang sangat-sangat membantu bagi sesiapa yang mempunyai masalah ketidakhadaman terutama mereka yang banyak angin.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



No comments: