Tuesday, 4 February 2014

Mari berimaginasi & berimpian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni tergerak nak bercerita kisah inspirasi yang saya baca melalui buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI..Kisah ni sangat bagus untuk renungan kita bersama...

Kisah seorang pemuda dari Indonesia yang bernama Ippho Santosa.Beliau dikenali sebagai pakar otak kanan..huishh..hebat kan gelarannya....Ippho berusia 30-an, semasa kecilnya adalah pelajar yang selalu tidak hadir ke kelas kerana selalu sakit..Akibatnya beliau menjadi pelajar tercorot khususnya dalam Bahasa Inggeris.

Keluarga Ippho bukan dari kalangan orang senang. Malah dia terpaksa menanggung perbelanjaan pengajiannya sendiri. Dia menjual makanan dari jam 6 petang hingga 12 malam setiap hari. Namun, dalam keadaan kekurangan ini pun, Ippho masih berani mencipta dan menggantung impiannya tinggi-tinggi..

Hari ini, Ippho mampu berdiri sebagai penceramah di hadapan ribuan orang.Membangkitkan motivasi mereka agar berani mencipta impian. Buku tulisan beliau '7 Keajaiban Rezeki' mendapat jualan terlaris sejak 2010 di negaranya malah buku ini pernah di ulas oleh Donald Trump, seorang bilionair hartanah di Amerika.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menjadi penterjemah untuk projek PBB, mencipta lagu dan menulis lirik lagu dalam bahasa Inggeris..Hebat kan Ippho Santosa ni..kita juga boleh jadi seperti beliau.....

Dengan minda, kita boleh berimaginasi. Kita boleh membayangkan bahawa impian kita sudah tercapai walaupun kita baru bermula..paling bagus dapatkan sehelai kertas kosong dan tuliskan impian kita..
Jika tidak suka menulis, boleh melukis. Jika tidak pandai melukis, cari jer gambar-gambar yang berkaitan dengan impian kita, gunting dan tampalkan dalam buku khas..Saya tak berapa pandai menulis..copy paste bolehla...melukis???memang tak berseni langsung so saya pilih cari gambar, gunting dan tampal..macam best jugak kan......MARI MULAKAN SEKARANG!!!!

sharing is caring.....


Sekian ! :)

2 comments:

Rexylla said...

satu cerita yg motivated.

p/s: jemput join giveaway kami.
http://rexylla.blogspot.com/2013/12/rexylla-fb-page-launching-giveaway.html

tenku butang said...

Haiiiii..Cakkk!!
done follow sini no. 35
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang.blogspot.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/