Tuesday 11 February 2014

Vita-lea tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin dalam darah

Assalamualaikum

Apa khabar hari ni? Cuaca yang tidak menentu ni, ramai yang sakit tekak, batuk, selesema dan demam. Paling kritikal sekarang ni pasal kes denggi. Seorang kawan, suaminya di icu sekarang ni kerana severe denggi. Sama-sama doakan kesihatan beliau..

Ok, berbalik pada tajuk penuh kontroversi hari ni. Mesti ada yang terperanjat kan? Yelah,SHAKLEE sekarang dah jadi 1 fenomena.

Baru-baru ni saya terbaca 1 status yang di post oleh rakan sekuliah saya dulu. Juga seorang pharmacist.

"Seorang wanita mengandung datang ke farmasinya mencari Vita-lea Shaklee. Bila diselidik rupa-rupanya wanita ni HBnya di bawah 10. Kandungannya sudah masuk 5 bulan, tapi dia refuse untuk ambil iron supplement sebab katanya ada agen shaklee bagitau dia makan vita-lea iron formula boleh increase hb. Iron content dalam vita-lea tu bukan untuk treatment. 9mg jer.


Ibu mengandung needs much more than that. Jangan mempengaruhi prospects anda sehingga membahayakan nyawa orang lain..."




Saya memang sangat bersetuju dengan kawan saya ni. Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 30mg iron sehari mengikut USRDA. Iron komponen terpenting dalam hemoglobin yang terdapat dalam darah dan berperanan membawa oksigen ke seluruh badan untuk kelangsungan hidup.

Kekurangan iron atau dipanggil anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan yang paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Dalam situasi ini, pengambilan iron supplement yang lebih tinggi dosnya dari vita-lea seperti iron yang dibekalkan oleh hospital atau mengambil iberet folic adalah perlu kerana kandungan ironnya lebih tinggi dari vita-lea. Bila paras hemoglobin sudah mencapai paras yang sepatutnya tak salah untuk mengamalkan vita-lea sebagai makanan tambahan kerana selain mempunyai kandungan iron, vita-lea juga mampu memberi tenaga yang optimum dan dapat mencegah kelesuan..


Selain daripada mengambil iron supplement, ibu mengandung juga perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu.


Vitamin c tambahan juga disyorkan diambil bersama kerana vitamin c boleh meningkatkan serapan iron manakala teh dan kopi mengurangkan serapan iron jika diambil 1 atau 2 jam sebelum mengambil iron tambahan.

Kalsium tambahan atau makanan/minuman yang mengamdungi kalsium disyorkan di ambil secara berasingan daripada iron contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan iron.

Ok, itu saja yang saya nak share hari ni...harap memberi manfaat pada semua..kepada anda semua..bertanyalah kepada yang PAKAR kalau musykil sesuatu perkara. peace ! :D


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



No comments: