Saturday 22 February 2014

DENGGI YANG SEMAKIN MENAKUTKAN

Assalamualaikum semua...

Harap anda semua sihat di bawah lindunganNYA. Sekarang banyak sangat kes pasal denggi kita dengar. Baru-baru ni seorang kawan ayahnya meninggal sebab denggi. sebenarnya ayahnya dah pergi hospital bila demam tapi doktor kata sekarang memang musim demam..so dia assume demam biasa. pergi lagi ke hospital kali kedua sebab terlampau weak. tapi mungkin sudah ajalnya. tak dapat di selamatkan. puncanya sebab demam denggi. Seorang lagi kawan, suaminya dimasukkan ke icu sebab severe denggi tapi sekarang alhamdulillah sudah beransur pulih.

So, hari ni entry saya pasal DENGGI. Ramai yang masih kurang alert pasal demam denggi ni. Ramai customer yang datang sebab demam yang tak kebah-kebah sejak beberapa hari sampai beberapa minggu. saya memang paksa diorang pergi klinik atau hospital ambil darah. Check samada demam biasa atau demam denggi.


DEMAM DENGGI TU APA YE?
  • Demam Denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk AEDES aegypati yang mudah dijangkiti.
  • Terdapat 4 jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN1,2,3,4)
  • Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya..so, ingat ya..walaupun penah kena..kebarangkalian untuk kena lagi memang ada..
Dah tau ape tu demam denggi, so sekarang apa plak TANDA-TANDAnya. Ramai sebenarnya yang masih kurang pasti tanda-tanda seseorang mendapat demam denggi...

TANDA-TANDA dan GEJALA DEMAM DENGGI
  • kebiasaannya demam denggi akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 4 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4-7 hari.
  • selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk / kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • demam ini boleh mencapai suhu 40-41darjah celcius, dan selalunya akan berlarutan selama 2-7 hari.  Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai 'breakbone fever'.
  • ruam selalunya akan tunbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam
  • muntah dan kurang selera makan

Ok, kalau agak-agak ada tanda-tanda seperti di atas. apa nak buat ye? RAWATAN yang macammana sesuai untuk pesakit demam denggi ni?
  • First of all dan paling penting segeralah berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan minum banyak air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan kurangkan kesakitan
  • Elakkan beri ubat aspirin pada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
  • Antibiotik tidak diperlukan..Ingat tu..ni jangkitan virus bukan bakteria..so tak perlulah ambil antibiotik yer.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • Elakkan gigitan nyamuk dengan memakai ubat nyamuk @ guna kelambu semasa tidur..Ermm..ada sapa-sapa tak penah tengok kelambu tak?
  • Elakkan  aktiviti semasa nyamuk sedang aktif menggigit (diantara 5.30 pg - 8.00 pg dan 5.30 ptg - 8.00 malam)
  • Paling penting. hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes !

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



No comments: