Sunday 9 March 2014

10 SEBAB anda TIDAK BERJAYA tambah BERAT BADAN

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini saya kongsikan 10 sebab mengapa anda tidak berjaya tambah berat badan..


KURANG MAKANANUntuk membolehkan badan anda menambah berat badan ataupun otot, anda perlu bekalkan surplus kalori. Di sini, tenaga bekalan makanan perlu lebih daripada tenaga yang dibakar.



SENAMAN PEMBERAT YANG KURANG BERKUALITI . Badan anda perlukan senaman pemberat kerana untuk membesar ia perlukan suatu catalyst. Senaman pemberat adalah catalyst yang wajib!! tetapi senaman pemberat semata-mata tidak mencukupi.. Ia perlukan senaman pemberat yang berkualiti.



TERLALU AKTIFSekiranya anda seorang yang aktif melakukan senaman kardio seperti berlari dll, memang sukar untuk menambahkan berat badan.. jadi sekiranya anda ingin terus aktif dan pada masa sama ingin menambah berat badan, anda perlu tingkatkan lagi pengambilan kalori dari makanan.



TAKUT PENAMBAHAN BERAT LEMAK . Semua orang inginkan penambahan berat yang bersih tanpa penambahan lemak..tetapi itu SUKAR!!so, tambah berat terlebih dulu..pasal lemak berlebihan cerita kemudian.



SALAH PILIH SENAMANSenaman jogging dan badminton tidak akan membantu anda tambah berat badan.so, sementara ni lupakan dulu senaman kardio dan beralihlah kepada senaman pemberat.



TIDAK KONSISTEN . Sama seperti proses menurunkan berat badan, menambah berat badan juga bukanlah kursus jangka masa pendek..Ianya bukan dalam 1 hari sahaja..ia perlukan komitmen sepanjang hayat!!



OVER-TRAINING . Yang ini bukan mengnai kardio tetapi senaman beban.Ingat ye, setiap kali anda melakukan senaman pemberat pada mana-mana otot, anda perlu rehatkan otot berkenaan selama 48-72 jam..Ini untuk membolehkan otot tersebut membaiki dan kuatkan diri.



BERGANTUNG KEPADA SUPPLEMENT . Supplement memang boleh membantu anda menaikkan berat badan TAPI tanpa pemakanan asas dan senaman yang berkualiti, usaha dan duit anda akan menjadi sia-sia...



ADAKAH KEKUATAN ANDA MENINGKAT . Satu-satunya cara anda menilai tumbesaran badan adalah dengan merujuk kekuatan anda melakukan suatu senaman..Sekiranya anda makin kuat, ini adalah tanda otot tersebut telah membesar.



TIDAK CUKUP PROTEIN - PROTEIN adalah sumber tumbesaran otot. Tanpa bekalan protein yang mencukupi, otot tidak boleh membesar. Pastikan anda makan lebih kurang 2g protein untuk setiap kg berat badan anda.


*Credit : panduan menambah berat 5kg dalam 10 minggu by kevin Zahri.

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"


2 comments:

Cik Puan Ena said...

nice info :)

cik amal said...

thanks untuk ino ini :)