Tuesday 4 March 2014

TIPS KURUS 2 : KURANGKAN KALORI MAKANAN

Assalamualaikum semua.

Masih ingat lagi sebelum ini saya ada kongsikan tips kuruskan badan? Bagi yang tak baca lagi atau ada yang nak ulang baca boleh baca dekat SINI yea. Ok, untuk hari ni saya nak sambung dengan tips kurus yang kedua. :)


Kalori adalah unit ukuran tenaga untuk makanan (1 kalori = 4 joule) dan untuk menurunkan 1kg berat badan, anda perlu nyahkan 7700 kalori!!!! wah.. Banyak kan? Memang banyak........dan sebab itulah mengapa penurunan berat badan tidak berlaku dalam masa 1 hari sahaja. Ia memang mengambil masa. yang penting sabar dan konsistan !


Untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai jumlah kalori yang lebih rendah daripada apa yang badan anda perlukan.. Penurunan atau penambahan berat badan adalah bergantung kepada jumlah kalori yang anda ambil setiap hari.. Ok, di sini saya kongsikan 10 tips untuk kurangkan kalori makanan kepada sesiapa yang sedang berdiet.


1. Elakkan kalori daripada minuman

Ia dapat menjimatkan 200-300 kalori atau lebih setiap hari.. Minuman paling bagus adalah air kosong (plain water)


2. Ambil nasi putih sahaja
Siapa kata berdiet tak boleh makan nasi? Boleh makan nasi tapi tolong elakkan nasi goreng, nasi lemak dll selain nasi putih sebabnya kalori sepinggan nasi goreng ialah 600 dan ke atas..huhu..banyakkan??


3. Tambah pengambilan protein
Ramai yang tidak tahu protein lebih mengenyangkan daripada karbohidrat..so, lepas ni banyakkan pengambilan protein.

4. Jangan terlebih ambil buah-buahan
Mesti ramai yang terkejut dengan kenyataan ni kan.. jangan lupa buah-buahan tetap mengandungi gula tersembunyi yang ramai daripada kita tidak perasan..



5. Elak makanan bergoreng
Apa-apapun makanan bergoreng memang tidak baik untuk kesihatan.. makanan bergoreng mempunyai kandungan lemak yang tinggi. 1g lemak = 9 kalori. 2 kali lebih tinggi daripada protein dan karbohidrat.

6. Tiada ganjaran (treats)
buat sementara waktu ni dalam 2 minggu pertama. cuba elakkan makanan manis dan makanan ringan (junk food). Ingat GOAL anda ,ok !


7. Tahu kalori anda
ni sangat-sangat penting. keperluan kalori harian akan menentukan sebanyak mana anda boleh makan dalam sehari untuk mengekalkan berat badan anda.. so, anda perlu tahu sebanyak mana sahaja anda boleh makan. kalau overdose tu yang berat badan makin naik..

8. Separuh hidangan sahaja
Kebiasaannya makan sepinggan nasi, apa kata anda cuba ambil separuh jer lepas ni..dapat jimat kalori..

9. Makan snek berkhasiat
Ini sangat berfaedah terutamanya masa bekerja.Pastikan anda sentiasa ada snek berkhasiat seperti roti fiber...bukan cookies yer sebab cookies mempunyai kalori yang sangat tinggi dan tidak mengenyangkan..





10. Belajar menyesuaikan diri
Setiap satu perubahan memang sukar tetapi pastikan anda memberi peluang kepada badan anda untuk membiasakan perubahan diri.. Jangan putus asa.. Teruskan usaha anda...Pasti akan berjaya nanti !


***Perhatian : Jangan sesekali berlapar untuk menurunkan berat badan kerana ianya tidak perlu sama sekali. Apa yang penting adalah seimbangkan pemakanan kita dan lihat bagaimana aktiviti harian kita. Jika anda jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengah hari, maka silalah mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja seharian.



Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



2 comments:

Aisyah Az said...

roti yg kaya dgn gandum mmg bagus untuk makan slalu. cepat kenyang, ^^

nora razalli said...

haah,
MG tgh diet protein je skank
ok la
smgu trun 1kg dah
tp smgu tu ad jgk mkn nsik
tp xslalu
mkn pun amount skit
lbihkan syur :)