Monday, 17 March 2014

TIPS KURUS 3 : RAHSIA BOLEH TURUN BERAT BADAN SEBANYAK 18KG

Assalamualaikum..


Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai seorang kawan yang dapat menurunkan berat badannya sebanyak 18kg dekat SINI.. so sekarang saya sudah dapat 'green light' dari beliau untuk saya kongsikan tips yang dia buat sehingga boleh turun berat sebanyak itu..

TIPS yang saya kongsikan ini adalah 100% dari apa yang dia tulis di fbnya.. saya hanya ringkaskan sahaja.
Sebelum saya kongsikan tipsnya mari lihat gambar ni dulu....


Inilah kawan sekolah saya dulu yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg 

Mesti ramai yang nak mengetahui macamane dia boleh turunkan berat badan.. Inilah RAHSIAnya :)...

LANGKAH 1 : KIRA BERAT BADAN SASARAN

Untuk mengira berat badan sasaran, mari guna formula BMI.
(BMI ideal antara 18-25, overweight antara 25-30, obese >30)

Mari belajar mengira BMI
Contoh : Berat terkini 85kg, Tinggi 1.5m

Formula BMI = Berat badan kg/ (Tinggi dlm meter)2 
                        = 85 / (1.5)2 
                        = 37.7kg/m

So, secara terang-terangan memang dah masuk dalam kategori obese.
Sekarang, mari kira expected weight (berat target) pula..

Berat target (kg) = BMI target x (tinggi dalam meter)2 
                             = 25 x (1.5)2 
                             = 56.25 lebih kurang 56kg

Berat perlu dibuang = Berat terkini - Berat target
                                  = 85kg-56kg
                                  = 29kg
29kg??? banyaknye!!! 29kg ni lebih kurang 29 minggu atau lebih kurang 7 bulan masa di ambil untuk menurunkan berat badan.. Lamanya!!! Ya..memang lama sebab untuk menurunkan atau menaikkan berat badan bukan ambil masa 1 hari sahaja..Ia bukan mustahil..yang penting tekad dan disiplin.. usaha dan bersabar.. kawan saya sudah buktikannya!!!

LANGKAH 2 : SENAMAN

Senaman dan program turunkan berat badan memang tidak dapat dipisahkan.. Senaman adalah satu benda yang sangat sukar untuk kebanyakkan orang buat.. Selalu kita dengar orang yang nak kurus tapi tak nak senaman.. Boleh ke?? Jangan tak tahu.. memang boleh tapi ada syaratnya.. Syaratnya ambil 1000kcal je makanan dalam sehari untuk turunkan sekurang-kurangnya 1kg/seminggu.. Ada yang kata boleh saja ambil banyak tu kalori sehari tapi tahukan anda ia sangat berbahaya untuk kesihatan badan. .tak pasal-pasal dapat gastrik pulak nanti. .So, nak atau tidak kena makan banyak jugak tapi dengan cara yang betul la ye..

Senaman ada 2 jenis iaitu Cardio Orientated dan Strength Orientated.
Senaman Cardio adalah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu. 
Strength pula bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot.

Contoh senaman cardio - jongging, briesk-walking, skipping, berenang, bermain futsal
Contoh senaman strength - weight lifting, push-up

Contoh jadual senaman yang boleh anda ikuti (ni jadual senaman yang kawan saya buat)

ISNIN       - Jongging (30 min, non-stop, burn fat 300-400kcal) 
SELASA   - Push up (30 min)
RABU       - REHAT
KHAMIS  - Jongging (30 min)
JUMAAT  - Skipping (30 min)
SABTU     - Badminton / gim (45 min)
AHAD       - REHAT 

Senaman cardio paling berkesan untuk bakar lemak.. Ianya paling mudah dan paling banyak guna tenaga.. Tips dari kevin Zahri.. kalau melakukan senaman cardio seelok-eloknya bila perut tidak berisi makanan sekurang-kurangnya 4-8jam.. sebabnya pada ketika ini glucogen level dalam badan kita sangat rendah sehinggakan dalam 15min jogging sahaja, ianya akan habis digunakan dan pada masa ini badan akan memcari tenaga alternatif iaitu LEMAK.Tempoh jogging pula hendaklah melebihi 20 min..Yang paling penting jika melakukan apa-apa senaman air kosong memang tidak boleh dilupakan.. minum air kosong untuk mengelakkan dehydrasi.

LANGKAH 3 : DIET 

Diet?? mesti ramai yang ingat diet ni kena kurangkan makan.. Diet bukan kena kurangkan makan tapi kena kurangkan kalori yang kita ambil bergantung kepada berat badan masing-masing.. Ada pengiraannya..sila tengok blog kevin zahri untuk mengiranya.. Diet dan kalori adalah 2 benda yang sangat berkaitan antara satu sama lain.. Kalori ialah suatu unit tenaga dan setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza.

Ok. di sini ada tips yang amat mudah untuk diikuti kalau malas nak kira kalori masing-masing.. sila ikut jadual makan ni kalau nak kurus.. (juga dari kawan saya..dia praktikkan ini sahaja setiap hari)
  1. Makan 5 kali sehari : breakfast, lunch, tea-break,dinner dan supper.. Supper minum segelas susu sahaja.
  2. Breakfast : Hari ni makan roti fiber, esok makan oat, lusa makan nestle fittness (setengah pinggan).. Ulanglah makan makanan ni.. Minum pula susu skim atau teh+limau tapi diingatkan jangan tambah gula dalam minuman tu ye..
  3. Lunch dan Dinner : makan segengam nasi sahaja dalam setiap hidangan.1/4 pinggan untuk sumber protein (ikan,ayam etc) dan 1/4 lagi untuk sayuran. Elakkan ambil kuah kerana ia berminyak.. Jangan makan kulit ayam dan kurangkan makin daging kerana daging banyak saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan protein yang terbaik.
  4. Craving dengan keropok, junk food, coklat,kek,aiskrim? Boleh makan tapi hadkan hanya hujung minggu sahaja tapi perlu diingat jagan makin berlebihan.. Sila tengok jumlah kalori dekat label makanan tersebut.. jangan terlebih ambil kalori ye..
  5. Tingkatkan metabolisme = burn calorie dengan efisyen = turun berat badan dengan cepat. Makan banyak sayuran hijau (vitamin B, taurine) dan sekali sekala minum teh kerana ia juga boleh meningkatkan metabolisme.
  6. Elakkan minum minuman yang manis.. Banyakkan minum air kosong (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari..
Ini sahajalah rahsia kurus kawan saya tu..No Jus mate 5, Figura up etc !

Selamat mencuba kepada sesiapa yang berazam untuk kurus dengan cara yang selamat tanpa melibatkan pengeluaran duit yang banyak...

P/S : SET KURUS SHAKLEE boleh cuba jugak...selain boleh kurus, ia juga membekalkan vitamin kepada badan..tapi mesti dilakukan bersama tips yang telah dikongsikan ini.. Barulah kurus secara sihat..


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

3 comments:

Santan Manis said...

nak kena cuba ni! tq shared! :D btw SM done follow sini, jmput singgah ke blog kalau sudi, salam kenal :)

http://santanmanis.blogspot.com/2014/03/blog-santan-manis-masuk-majalah-remaja.html

Dunia Zumal said...

Menarik, boleh cuba nie :)

SNM said...

Nak kurus juga....hehehe, tp liat btl nak bersenam! Nak kurangkan 5kg. Lepas kawen terus naik 5kg. Huhuhu...

*Sis, jemput join GA saya yer. Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday.TQ.