Wednesday, 16 July 2014

TESTIMONIAL PERFORMANCE DRINK

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua..
Di bulan puasa ini ramai yang mengalami dehidrasi. Bibir kering dan paling teruk sampai merekah dan berdarah. Selain dari itu, ramai juga yang cepat letih, cepat mengantuk, tidak bertenaga, rasa lesu dan kurang produktif kerana keletihan.

Mengapa semua ini berlaku?
Dehidrasi mudah terjadi bila mana kita kurang minum air. Dehidrasi menjadikan badan kita mudah letih, mengantuk dan tidak bertenaga dan ini seterusnya akan menyebabkan kita kurang produktif untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

Bulan puasa bukan bulan untuk kita bermalas-malasan dengan alasan tidak bertenaga kerana berpuasa. Ada cara untuk kita mengekalkan fungsi badan di tahap maksimum.

PERFORMANCE DRINK SHAKLEE dapat membantu menghidrat badan dengan cepat berbanding dengan minuman isotonik yang lain. 

MENGAPA PERLU PILIH PERFORMANCE DRINK??

  • Merupakan campuran elektrolit OPTI-LTYE proprietari dengan campuran unik karbohidrat yang memberikan tenaga dengan cepat.
  • OPTI-LTYE ialah campuran elektrolit proprietari termasuk sodium, potassium, kalsium dan magnesium bagi menyokong proses penghidratan secara optimum.Kandungan elektrolit ini membantu mencegah proses dehidrasi daripada berlaku.
  • Juga mengandungi OPTICARB iaitu kandungan karbohidrat yang eksklusif yang terdapat dalam performance drink.Opticarb membekalkan tenaga dengan cepat dan berpanjangan.

PERFORMANCE DRINK sangat sesuai untuk semua lapisan umur terutama ahli sukan, wanita mengandung dan sesiapa yang selalu mengalami hidrasi.

TESTIMONIAL PERFORMANCE DRINK


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Monday, 7 July 2014

DETOX DAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.

Sudah seminggu kita berpuasa. ada apa-apa perubahan tak? Berat badan makin naik ke turun?

Ramadhan merupakan bulan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia, di mana dengan berpuasa dapat menyucikan jiwa dan membersihkan segala dosa. Namun ada juga yang tidak tahu bahawa dengan berpuasa ini dapat menyah-toksinkan tubuh badan kita.

Kata orang, "perut adalah sarang penyakit". Antara perkara yang boleh membawa penyakit tersebut adalah makan secara berlebihan atau dalam kuantiti yang banyak. Berpuasa bukan sahaja dapat membantu badan dalam menyingkirkan pelbagai "racun atau toksin" yang ersarang dalam perut. Tetapi ia juga memberi ruang masa yang cukup kepada organ pencernaan seperti perut, usus dan hati untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di samping, dapat memperbaiki mana-mana bahagian yang rosak akibat daripada pertambahan beban makanan harian yang dimakan.

TAHUKAH ANDA, PUASA SEBENARNYA ADALAH DETOX YANG PALING BERKESAN. SELAIN DAPAT MEMBERI KESAN POSITIF KEPADA KESIHATAN KITA!

Ketika berpuasa, lemak yang terkumpul di dalam badan akan diubah dan digunakan untuk memenuhi keperluan tenaga harian kita. Susulan dari proses tersebut, terjadinya pelepasan bahan-bahan kimia yang terikat dalam lemak, yang kemudiannya dikeluarkan melalui urin, najis dan keringat.


Proses ini dinamakan DETOKSIFIKASI, iaitu kemampuan tubuh untuk meneutralisasi dan menyahkan racun-racun yang terkumpul dalam badan. Proses ini berlaku pada usus besar, hati, ginjal, paru-paru, kelenjar dan kulit.


Selain itu, toksin daripada kolon, buah pinggang, pundi kencing, paru-paru dan kulit boleh dikeluarkan dari tubuh secara menyeluruh apabila berpuasa. Hasilnya, ia dapat melapangkan kesan sumbatan pada dinding salur-salur pernafasan dan pemakanan. Bekalan oksigen yang banyak menjadikan sel-sel lebih bertenaga. kitaran pembersihan ini adalah penting bagi sistem penghadaman yang sihat dan dapat mencegah barah usus.


JOM CEPATKAN PROSES DETOX DENGAN V8 SLIMMING FIBER X-TRA PLUS.


KELEBIHANNYA:

Badan akan rasa lebih ringan
Perut mula mengempis
Pembuangan air besar akan lebih lawas
Berat badan juga akan menurun dan akan mendapat berat badan yang diidamkan.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Saturday, 28 June 2014

PERKARA YANG MERENDAHKAN KADAR METABOLISMA BADAN

Assalamualaikum dan salam ramadhan


Hari ni saya nak berkongsi sedikit perkara-perkara yang mampu untuk merendahkan kadar metabolisme badan. Selalu kita mendengar rungutan daripada kawan-kawan dan sahabat handai yang mempunyai masalah berat badan selalu berkata yang kadar metabolisme badan mereka rendah dan ini menyebabkan mereka sukar untuk kurus. Betulkah kenyataan tersebut?

Sebelum tu, apa itu kadar metabolisme?
Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi badan. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).

Kadar metabolisme juga dipengaruhi oleh beberapa faktor semulajadi. Antara perkara semulajadi yang mempengaruhi kadar metabolisme ialah :
  1. Komposisi badan - walaupun 2 individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisme yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih kalori berbanding lemak.
  2. Genetik - setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza. Orang yang tinggi langsing biasanya mempunyai metabolisme melebihi orang yang berbadan 'stocky'.
  3. Umur - metabolisme akan menurun dengan umur.Dengan itu, keperluan kalori seseorang akan turut menurun. Ini adalah sebab utama kenapa ramai yang menambah berat badan walaupun ambil makanan yang sama (semasa muda).
Setelah mengetahui faktor semulajadi yang tak boleh nak diubah. kita tengok pula perkara-perkara yang mampu merendahkan kadar metabolisme yang boleh kita kawal.

PERKARA-PERKARA YANG MERENDAHKAN KADAR METABOLISME

1.  MENGELAK MENGAMBIL HIDANGAN (SKIPPING MEALS)
Ramai yang salah anggap, mengelak hidangan seperti makan malam (kes yang selalu kita dengar) dapat membantu menurunkan berat badan. BENAR, berat badan akan turun kerana mengelak makan malam akan menyebabkan pengambilan kalori menjadi lebih rendah daripada sepatutnya.. TETAPI ingatlah, kesan ini hanya sementara sahaja.

2.  BUDAYA MAKAN 3 KALI SEHARI
Makan 3 kali sehari akan merendahkan "sedikit' kadar metabolisme, tambah-tambah jika makanan yang dimakan itu adalah berglycemic index tinggi seperti nasi putih.Seperti situasi pertama, memanjangkan waktu di antara 2 hidangan memaksa badan kita bertukar kepada 'starvation mode' (berlapar).

3.  BERPUASA
Berpuasa juga mempunyai kesan yang hampir sama seperti situasi pertama dan kedua.Kesan berpuasa juga sementara. Badan akan mengambil masa beberapa ketika untuk 'MEMAHAMI' situasi puasa itu sendiri.

4.  PERATUSAN LEMAK BADAN TINGGI (GEMUK)
Gula adalah karbohidrat yang paling mudah untuk ditukar kepada glycogen dan disimpan 'sementara' di dalam sel-sel otot sebelum digunakan. Namun, glycogen yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dan ini merupakan punca utama kegemukkan.

5.  MENGIKUT GAYA SANG PEMALAS

Berjalan ke pasar malam dengan perlahan, lenggang-lenggang kangkung, menyuruh si adik kecil mengambil segelas air di dapur (walaupun mampu ambil sendiri), lebih banyak duduk berehat berbanding berjalan dan berdiri, semua aktiviti ini mampu merendahkan kadar metabolisme.

6.  PENGAMBILAN KALORI YANG TERLALU RENDAH

Pengambilan kalori yang terlalu rendah akan menghadkan semua ini. Kesan ketaranya, badan akan menjadi lemah serta lesu dan daya tahan tubuh menjadi lemah.

7.  MENGELAK MAKANAN PEDAS DAN BEREMPAH
Terdapat kajian yang menunjukkan rempah-ratus seperti cili,lada,serbuk kunyit,kari dan jintan mampu meningkatkan kadar metabolisme seseorang. Dengan mengelak makanan pedas dan berempah, metabolisme badan mungkin menjadi rendah.

8.  KURANG BERSENAM
Percaya @ tidak, kekuatan fizikal sebenar manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak pada sejauh mana besarnya otot badan. Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan effisien tanpa sebarang gangguan.Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan keseluruh badan supaya otot dan organ badan dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Monday, 23 June 2014

STOKIS V8 COLLAGEN X-TRA PLUS DAN V8 SLIMMING FIBER X-TRA PLUS DI JOHOR BAHRU, JOHOR.

Assalamualaikum semua.

Sudah lama tidak menulis di blog ni. kesibukkan berpindah kedai ke lokasi baru membataskan masa mencari bahan untuk menulis di sini. Kini Frenz pharmacy kembali lagi dengan nama baru iaitu FARMASI AZ-ZAHRA. (Klik SINI untuk mengetahui lokasi terbaru kami)

Setelah hampir 2 bulan tiada sebarang entry dari kami, jadi untuk permulaan ini kami ingin memperkenalkan produk baru yang terdapat di farmasi kami. :)

Untuk makluman semua. Kami adalah STOKIS untuk produk V8 COLLAGEN X-TRA PLUS dan V8 SLIMMING FIBER X-TRA PLUS di JOHOR BAHRU, JOHOR.

V8 COLLAGEN X-TRA PLUS


V8 Collagen X-tra Plus mengandungi marine collagen, vitamin c, apple stem cell, glutathione, Estrak craneberry,blueberry,delima,dan garcinia cambogia.

V8 Collagen X-tra Plus bertindak sebagai :
  • Anti-penuaan - membantu proses awet muda
  • Menganjalkan kulit, menutup liang roma dan melicinkan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Mengurangkan sengal dan lenguh otot


V8 SLIMMING FIBER X-TRA PLUS

V8 Slimming Fiber X-tra Plus pula mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak apple fiber, wheat fibre, psyllium husk, resistance corn fibre, aloe vera dan sebagainya.

V8 Slimming Fiber X-tra Plus mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri seperti :
  • Membantu menyingkirkan toksin dari tubuh dan bertindak sebagai detox
  • Mengenyangkan dan boleh mengelakkan dari makan dengan banyak dan membantu mengekalkan tenaga kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
  • Membentuk jeli lembut yang bertindak seperti span untuk menyerap air, lebihan lemak, kolesterol dan berbagai toksin, sekaligus menyingkirkan dari tubuh.

TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA APABILA ANDA MEMBELI PRODUK INI!!

**Stokis dan pengedar diperlukan segera. Jom tambah pendapatan dengan POWERV8.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Saturday, 19 April 2014

ANNOUNCEMENT !!!


Assalamualaikum semua.

Farmasi kami telah berpindah ke tempat baru.



Farmasi kami sudah berpindah dan mula beroperasi di tempat baru. Bagi anda yang berada berdekatan dengan kami, boleh terus berkunjung ke farmasi kami untuk mendapatkan produk-produk kesihatan dan kecantikan.

Selain dari menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terus dari kedai dan juga online, kami turut menyediakan khidmat nasihat kepada anda yang mempunyai masalah yang berkaitan. :)

Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi kami di sini (Klik sini)  :

 Farmasi Az Zahra (Frenz Pharmacy)
No.63, Jalan Perdana 4,
Taman Pulai Perdana 2,
81110 Kangkar Pulai,
Johor Darul Takzim.
Tel : 07-5500049

Facebook page : Frenz Healthcare

                                                        



"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Monday, 17 March 2014

TIPS KURUS 3 : RAHSIA BOLEH TURUN BERAT BADAN SEBANYAK 18KG

Assalamualaikum..


Sebelum ini saya ada ceritakan mengenai seorang kawan yang dapat menurunkan berat badannya sebanyak 18kg dekat SINI.. so sekarang saya sudah dapat 'green light' dari beliau untuk saya kongsikan tips yang dia buat sehingga boleh turun berat sebanyak itu..

TIPS yang saya kongsikan ini adalah 100% dari apa yang dia tulis di fbnya.. saya hanya ringkaskan sahaja.
Sebelum saya kongsikan tipsnya mari lihat gambar ni dulu....


Inilah kawan sekolah saya dulu yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg 

Mesti ramai yang nak mengetahui macamane dia boleh turunkan berat badan.. Inilah RAHSIAnya :)...

LANGKAH 1 : KIRA BERAT BADAN SASARAN

Untuk mengira berat badan sasaran, mari guna formula BMI.
(BMI ideal antara 18-25, overweight antara 25-30, obese >30)

Mari belajar mengira BMI
Contoh : Berat terkini 85kg, Tinggi 1.5m

Formula BMI = Berat badan kg/ (Tinggi dlm meter)2 
                        = 85 / (1.5)2 
                        = 37.7kg/m

So, secara terang-terangan memang dah masuk dalam kategori obese.
Sekarang, mari kira expected weight (berat target) pula..

Berat target (kg) = BMI target x (tinggi dalam meter)2 
                             = 25 x (1.5)2 
                             = 56.25 lebih kurang 56kg

Berat perlu dibuang = Berat terkini - Berat target
                                  = 85kg-56kg
                                  = 29kg
29kg??? banyaknye!!! 29kg ni lebih kurang 29 minggu atau lebih kurang 7 bulan masa di ambil untuk menurunkan berat badan.. Lamanya!!! Ya..memang lama sebab untuk menurunkan atau menaikkan berat badan bukan ambil masa 1 hari sahaja..Ia bukan mustahil..yang penting tekad dan disiplin.. usaha dan bersabar.. kawan saya sudah buktikannya!!!

LANGKAH 2 : SENAMAN

Senaman dan program turunkan berat badan memang tidak dapat dipisahkan.. Senaman adalah satu benda yang sangat sukar untuk kebanyakkan orang buat.. Selalu kita dengar orang yang nak kurus tapi tak nak senaman.. Boleh ke?? Jangan tak tahu.. memang boleh tapi ada syaratnya.. Syaratnya ambil 1000kcal je makanan dalam sehari untuk turunkan sekurang-kurangnya 1kg/seminggu.. Ada yang kata boleh saja ambil banyak tu kalori sehari tapi tahukan anda ia sangat berbahaya untuk kesihatan badan. .tak pasal-pasal dapat gastrik pulak nanti. .So, nak atau tidak kena makan banyak jugak tapi dengan cara yang betul la ye..

Senaman ada 2 jenis iaitu Cardio Orientated dan Strength Orientated.
Senaman Cardio adalah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh tertentu. 
Strength pula bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot.

Contoh senaman cardio - jongging, briesk-walking, skipping, berenang, bermain futsal
Contoh senaman strength - weight lifting, push-up

Contoh jadual senaman yang boleh anda ikuti (ni jadual senaman yang kawan saya buat)

ISNIN       - Jongging (30 min, non-stop, burn fat 300-400kcal) 
SELASA   - Push up (30 min)
RABU       - REHAT
KHAMIS  - Jongging (30 min)
JUMAAT  - Skipping (30 min)
SABTU     - Badminton / gim (45 min)
AHAD       - REHAT 

Senaman cardio paling berkesan untuk bakar lemak.. Ianya paling mudah dan paling banyak guna tenaga.. Tips dari kevin Zahri.. kalau melakukan senaman cardio seelok-eloknya bila perut tidak berisi makanan sekurang-kurangnya 4-8jam.. sebabnya pada ketika ini glucogen level dalam badan kita sangat rendah sehinggakan dalam 15min jogging sahaja, ianya akan habis digunakan dan pada masa ini badan akan memcari tenaga alternatif iaitu LEMAK.Tempoh jogging pula hendaklah melebihi 20 min..Yang paling penting jika melakukan apa-apa senaman air kosong memang tidak boleh dilupakan.. minum air kosong untuk mengelakkan dehydrasi.

LANGKAH 3 : DIET 

Diet?? mesti ramai yang ingat diet ni kena kurangkan makan.. Diet bukan kena kurangkan makan tapi kena kurangkan kalori yang kita ambil bergantung kepada berat badan masing-masing.. Ada pengiraannya..sila tengok blog kevin zahri untuk mengiranya.. Diet dan kalori adalah 2 benda yang sangat berkaitan antara satu sama lain.. Kalori ialah suatu unit tenaga dan setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza.

Ok. di sini ada tips yang amat mudah untuk diikuti kalau malas nak kira kalori masing-masing.. sila ikut jadual makan ni kalau nak kurus.. (juga dari kawan saya..dia praktikkan ini sahaja setiap hari)
  1. Makan 5 kali sehari : breakfast, lunch, tea-break,dinner dan supper.. Supper minum segelas susu sahaja.
  2. Breakfast : Hari ni makan roti fiber, esok makan oat, lusa makan nestle fittness (setengah pinggan).. Ulanglah makan makanan ni.. Minum pula susu skim atau teh+limau tapi diingatkan jangan tambah gula dalam minuman tu ye..
  3. Lunch dan Dinner : makan segengam nasi sahaja dalam setiap hidangan.1/4 pinggan untuk sumber protein (ikan,ayam etc) dan 1/4 lagi untuk sayuran. Elakkan ambil kuah kerana ia berminyak.. Jangan makan kulit ayam dan kurangkan makin daging kerana daging banyak saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan protein yang terbaik.
  4. Craving dengan keropok, junk food, coklat,kek,aiskrim? Boleh makan tapi hadkan hanya hujung minggu sahaja tapi perlu diingat jagan makin berlebihan.. Sila tengok jumlah kalori dekat label makanan tersebut.. jangan terlebih ambil kalori ye..
  5. Tingkatkan metabolisme = burn calorie dengan efisyen = turun berat badan dengan cepat. Makan banyak sayuran hijau (vitamin B, taurine) dan sekali sekala minum teh kerana ia juga boleh meningkatkan metabolisme.
  6. Elakkan minum minuman yang manis.. Banyakkan minum air kosong (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari..
Ini sahajalah rahsia kurus kawan saya tu..No Jus mate 5, Figura up etc !

Selamat mencuba kepada sesiapa yang berazam untuk kurus dengan cara yang selamat tanpa melibatkan pengeluaran duit yang banyak...

P/S : SET KURUS SHAKLEE boleh cuba jugak...selain boleh kurus, ia juga membekalkan vitamin kepada badan..tapi mesti dilakukan bersama tips yang telah dikongsikan ini.. Barulah kurus secara sihat..


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Thursday, 13 March 2014

CARA MENGHILANGKAN LINGKARAN GELAP BAWAH MATA (DARK CIRCLE)

Assalamualaikum semua.


Lingkaran hitam bawah mata adalah antara perkara yang boleh menjejaskan wajah kerana ia membuatkan seseorang itu kelihatan seperti sakit, tidak cukup tidur serta seolah-olah sedang menghadapi masalah.

Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan kemunculan lingkaran hitam ini. Antaranya ialah :
  1. Alahan / Allergy
  2. Keletihan setelah bekerja
  3. Kekurangan nutrisi pada tubuh
  4. Faktor genetik
  5. Terdedah kepada cahaya matahari
  6. Merokok
  7. Tidak cukup tidur / rehat
Di sini saya kongsikan beberapa petua yang boleh diamalkan untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata.

TIMUN,UBI KENTANG ATAU TOMATO
Hiris salah satu bahan di atas (samada timun,ubi kentang atau tomato) mengikut kesesuaian. Jangan terlalu tebal atau terlalu nipis. Kemudian lekapkan hirisan itu di mata dan biarkan lebih kurang 20-30 minit.

Ia mampu mengurangkan keletihan mata dan seterusnya melancarkan aliran darah pada bahagian mata

UNCANG TEH
Rendam 2 uncang dalam secawan air sejuk selama beberapa minit. Kemudian, keluarkan air yang berlebihan dalam uncang teh. Tekapkan uncang tadi dekat mata sekurang-kurangnya 10 minit.

KUNING TELUR, MADU DAN LEMON
Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tadi pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokkan paginya.


Selain daripada PETUA TRADISIONAL ini terdapat juga pelbagai jenama produk kecantikkan yang dihasilkan untuk mengatasi masalah lingkaran gelap bawah mata ini. Krim penutup cela (CONCEALER) misalnya digunakan untuk menutup hitam di bawah mata bagi memberi keseimbangan kepada warna kulit secara keseluruhannya..

Tetapi... berapa ramai yang mempunyai masa untuk mengikut petua di atas. Concealer pula hanya berfungsi untuk menutup cela sahaja, bukan untuk menghilangkan lingkaran gelap tu. So, apa yang mudah, cepat dan berkesan untuk mengatasi masalah ni..

ESP SHAKLEE  mampu membantu menghilangkan lingkaran gelap bawah mata ni dengan mudah, cepat dan berkesan..Tak percaya!!!! mari baca testimonial di bawah ni..



ESP SHAKLEE adalah minuman kesihatan yang berasaskan soya dan ia mengandungi 22 jenis asid amino dan  satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.. ESP ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Bukan sahaja lingkaran gelap bawah mata boleh hilang, tapi kita boleh dapat lebih daripada itu.. Seperti testimonial di atas, beliau sebenarnya ambil ESP ni untuk pekatkan susu badan tapi bukan sahaja itu yang dia dapat..lebih daripada itu.. kulit cantik dan gebu,wajah berseri dan paling dia tak sangka lingkaran gelap bawah mata dah tak ada.. BEST KAN??? so, apa tunggu lagi..GRAB la sekarang..

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Wednesday, 12 March 2014

PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KEMPAS, TAMPOI, SKUDAI DAN KANGKAR PULAI,JOHOR.

Assalamualaikum semua. :)

Teringin untuk memcuba produk SHAKLEE tapi tak tahu nak beli di mana? Takut nak membeli secara online?Anda pengguna tegar SHAKLEE tapi mahu beli secara offline?

Berita baik untuk semua pengguna Shaklee dan kepada sesiapa yang mahu mencuba produk Shaklee di sekitar Kempas (terutama Setia Tropika), Tampoi, Skudai (terutama Taman Universiti dan UTM), dan Kangkar Pulai,Johor bahru, Johor. Anda tidak perlu gusar lagi untuk mencari produk Shaklee selepas ini.

PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN KEMPAS, TAMPOI, SKUDAI DAN KANGKAR PULAI, JOHOR.


Untuk makluman semua, saya adalah pengedar sah SHAKLEE di kawasan Kempas, Tampoi, Skudai dan Kangkar Pulai.


Normiza bt Mohd Yunus
ID SHAKLEE : 921741
EMAIL : frenzpharmacy@gmail.com
CALL/SMS/WHATSAPP : 0123498291 / 07-5500049


Anda juga boleh berkunjung ke kedai saya di alamat No.63, Jalan Perdana 4, Taman Pulai Perdana 2, 81110 Kangkar Pulai, Johor Darul Takzim.

Anda boleh dapatkan terus produk SHAKLEE di sini dan khidmat info produk serta konsultasi berterusan daripada saya.

Untuk pengedaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, saya akan menggunakan perkhidmatan POS LAJU.


Sekian. :)


Sunday, 9 March 2014

10 SEBAB anda TIDAK BERJAYA tambah BERAT BADAN

Assalamualaikum semua.

Entry kali ini saya kongsikan 10 sebab mengapa anda tidak berjaya tambah berat badan..


KURANG MAKANANUntuk membolehkan badan anda menambah berat badan ataupun otot, anda perlu bekalkan surplus kalori. Di sini, tenaga bekalan makanan perlu lebih daripada tenaga yang dibakar.



SENAMAN PEMBERAT YANG KURANG BERKUALITI . Badan anda perlukan senaman pemberat kerana untuk membesar ia perlukan suatu catalyst. Senaman pemberat adalah catalyst yang wajib!! tetapi senaman pemberat semata-mata tidak mencukupi.. Ia perlukan senaman pemberat yang berkualiti.



TERLALU AKTIFSekiranya anda seorang yang aktif melakukan senaman kardio seperti berlari dll, memang sukar untuk menambahkan berat badan.. jadi sekiranya anda ingin terus aktif dan pada masa sama ingin menambah berat badan, anda perlu tingkatkan lagi pengambilan kalori dari makanan.



TAKUT PENAMBAHAN BERAT LEMAK . Semua orang inginkan penambahan berat yang bersih tanpa penambahan lemak..tetapi itu SUKAR!!so, tambah berat terlebih dulu..pasal lemak berlebihan cerita kemudian.



SALAH PILIH SENAMANSenaman jogging dan badminton tidak akan membantu anda tambah berat badan.so, sementara ni lupakan dulu senaman kardio dan beralihlah kepada senaman pemberat.



TIDAK KONSISTEN . Sama seperti proses menurunkan berat badan, menambah berat badan juga bukanlah kursus jangka masa pendek..Ianya bukan dalam 1 hari sahaja..ia perlukan komitmen sepanjang hayat!!



OVER-TRAINING . Yang ini bukan mengnai kardio tetapi senaman beban.Ingat ye, setiap kali anda melakukan senaman pemberat pada mana-mana otot, anda perlu rehatkan otot berkenaan selama 48-72 jam..Ini untuk membolehkan otot tersebut membaiki dan kuatkan diri.



BERGANTUNG KEPADA SUPPLEMENT . Supplement memang boleh membantu anda menaikkan berat badan TAPI tanpa pemakanan asas dan senaman yang berkualiti, usaha dan duit anda akan menjadi sia-sia...



ADAKAH KEKUATAN ANDA MENINGKAT . Satu-satunya cara anda menilai tumbesaran badan adalah dengan merujuk kekuatan anda melakukan suatu senaman..Sekiranya anda makin kuat, ini adalah tanda otot tersebut telah membesar.



TIDAK CUKUP PROTEIN - PROTEIN adalah sumber tumbesaran otot. Tanpa bekalan protein yang mencukupi, otot tidak boleh membesar. Pastikan anda makan lebih kurang 2g protein untuk setiap kg berat badan anda.


*Credit : panduan menambah berat 5kg dalam 10 minggu by kevin Zahri.

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"


Saturday, 8 March 2014

GLA SHAKLEE : NO MORE PERIOD PAIN

Assalamualaikum semua..

Period pain

Sakit semasa datang haid memang menyeksakan..Hanya mereka yang pernah mengalami senggugut sahaja mengetahuinya..ada yang cramp, muntah2, demam dan sebagainya..Bayangkan jika simptom-simptom ini dialami setiap bulan??Hanya pil tahan sakit mampu melegakan simptom-simptom ini..tapi sampai bila nak bergantung kepada pil tahan sakit yang semua orang tahu akan kesan sampingannya yang sangat tidak baik untuk tubuh badan kita.

Masalah haid yang tidak teratur, sakit ketika datang haid, sukar hamil, cycts dan fibroid,dan simptom menopouse adalah masalah biasa yang dialami oleh wanita..Semua masalah ni kebanyakkannya di sebabkan oleh ketidakseimbangan hormon dalam badan seorang wanita..


GLA (gamma linolenic acid) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan..Ini disebabkan GLA merupakan sejenis asid lemak omega-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk prostaglandin iaitu bahan berupa hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal. GLA banyak didapati dalam evening primose oil dan borage sead oil.


FUNGSI GLA
  • Membantu dalam seimbangkan hormon dan melancarkan haid
  • Membantu meningkatkan kesuburan wanita di mana ia membentuk persekitaran rahim yang sihat dan optimum untuk persenyawaan.Ia menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan.
  • Melegakan simptom PMS seperti sakit semasa datang haid
  • Menolong mengurangkan simptom menopouse 
  • Mengambil GLA secara konsistan mampu menjadikan kulit anda cantik dan berseri
  • Ada sifat anti keradangan - dapat menangani simptom ekzema
  • Ada sifat anti oksidan dan berfungsi dalam memperlahankan proses penuaan 
  • Membantu sistem saraf untuk berfungsi ditahap optimum
KELEBIHAN GLA SHAKLEE BERBANDING EPO

  • GLA SHAKLEE diekstrak daripada minyak borage dimana ia mempunyai 2x ganda lebih banyak jumlah GLA (gamma lenolenic acid)  dan 3x ganda lebih berkesan dari EPO (evening primose oil).
  • GLA SHAKLEE adalah gabungan borage sead oil dengan minyak sunflower dan vitamin E - penyerapan dan keberkesanannya adalah lebih baik.
Ramai pelanggan saya yang sangat berpuas hati dengan GLA dari SHAKLEE ini. Ada yang datang dengan masalah period tidak teratur. selepas mengambil GLA secara konsistan period datang tepat pada masa setiap bulan dan yang lagi best siap ada bonus lagi.. rekahan pada tumit dah hilang.. BEST kan?

Ada seorang pelanggan mengalami sakit yang sangat teruk bila datang haid.. setiap bulan perlukan injeksion.. ubat pil tahan sakit dah tak jalan utk dia.. doktor suggest ambil GLA.. Alhamdulillah..sekarang tak perlu lagi injeksion.. ubat pil tahan sakit pun dah jarang dia ambil..so, kepada sesiapa yang ada mengalami masalah seperti ini..apa tunggu lagi.. JANGAN BIARKAN KESAKITAN MENGUASAI HIDUP ANDA..BERTINDAK SEKARANG...

***produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit..


BEST PRICE SHAKLEE? 
Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Tuesday, 4 March 2014

TIPS KURUS 2 : KURANGKAN KALORI MAKANAN

Assalamualaikum semua.

Masih ingat lagi sebelum ini saya ada kongsikan tips kuruskan badan? Bagi yang tak baca lagi atau ada yang nak ulang baca boleh baca dekat SINI yea. Ok, untuk hari ni saya nak sambung dengan tips kurus yang kedua. :)


Kalori adalah unit ukuran tenaga untuk makanan (1 kalori = 4 joule) dan untuk menurunkan 1kg berat badan, anda perlu nyahkan 7700 kalori!!!! wah.. Banyak kan? Memang banyak........dan sebab itulah mengapa penurunan berat badan tidak berlaku dalam masa 1 hari sahaja. Ia memang mengambil masa. yang penting sabar dan konsistan !


Untuk menurunkan atau mengekalkan berat badan, anda perlu mengambil makanan yang mempunyai jumlah kalori yang lebih rendah daripada apa yang badan anda perlukan.. Penurunan atau penambahan berat badan adalah bergantung kepada jumlah kalori yang anda ambil setiap hari.. Ok, di sini saya kongsikan 10 tips untuk kurangkan kalori makanan kepada sesiapa yang sedang berdiet.


1. Elakkan kalori daripada minuman

Ia dapat menjimatkan 200-300 kalori atau lebih setiap hari.. Minuman paling bagus adalah air kosong (plain water)


2. Ambil nasi putih sahaja
Siapa kata berdiet tak boleh makan nasi? Boleh makan nasi tapi tolong elakkan nasi goreng, nasi lemak dll selain nasi putih sebabnya kalori sepinggan nasi goreng ialah 600 dan ke atas..huhu..banyakkan??


3. Tambah pengambilan protein
Ramai yang tidak tahu protein lebih mengenyangkan daripada karbohidrat..so, lepas ni banyakkan pengambilan protein.

4. Jangan terlebih ambil buah-buahan
Mesti ramai yang terkejut dengan kenyataan ni kan.. jangan lupa buah-buahan tetap mengandungi gula tersembunyi yang ramai daripada kita tidak perasan..



5. Elak makanan bergoreng
Apa-apapun makanan bergoreng memang tidak baik untuk kesihatan.. makanan bergoreng mempunyai kandungan lemak yang tinggi. 1g lemak = 9 kalori. 2 kali lebih tinggi daripada protein dan karbohidrat.

6. Tiada ganjaran (treats)
buat sementara waktu ni dalam 2 minggu pertama. cuba elakkan makanan manis dan makanan ringan (junk food). Ingat GOAL anda ,ok !


7. Tahu kalori anda
ni sangat-sangat penting. keperluan kalori harian akan menentukan sebanyak mana anda boleh makan dalam sehari untuk mengekalkan berat badan anda.. so, anda perlu tahu sebanyak mana sahaja anda boleh makan. kalau overdose tu yang berat badan makin naik..

8. Separuh hidangan sahaja
Kebiasaannya makan sepinggan nasi, apa kata anda cuba ambil separuh jer lepas ni..dapat jimat kalori..

9. Makan snek berkhasiat
Ini sangat berfaedah terutamanya masa bekerja.Pastikan anda sentiasa ada snek berkhasiat seperti roti fiber...bukan cookies yer sebab cookies mempunyai kalori yang sangat tinggi dan tidak mengenyangkan..





10. Belajar menyesuaikan diri
Setiap satu perubahan memang sukar tetapi pastikan anda memberi peluang kepada badan anda untuk membiasakan perubahan diri.. Jangan putus asa.. Teruskan usaha anda...Pasti akan berjaya nanti !


***Perhatian : Jangan sesekali berlapar untuk menurunkan berat badan kerana ianya tidak perlu sama sekali. Apa yang penting adalah seimbangkan pemakanan kita dan lihat bagaimana aktiviti harian kita. Jika anda jenis yang suka bersarapan dan tidak mengambil makanan tengah hari, maka silalah mulakan hari anda dengan sarapan pagi yang agak berat supaya kita akan mempunyai tenaga untuk meneruskan kerja seharian.



Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Monday, 3 March 2014

SET BERSALIN TERBAIK UNTUK PEMBEDAHAN DAN NORMAL

Assalamualaikum semua.


Menyambut kelahiran orang baru memang sangat mengujakan...segala persiapan telah disediakan seawal mungkin...tapi bagaimana pula dengan persediaan seorang ibu selepas melahirkan anak?? Waktu berpantang adalah waktu yang paling kritikal untuk seseorang yang bergelar ibu.. Fizikal,emosi dan mental perlu di dalam keadaan yang bersedia dan bertenaga sepanjang masa...

Jom kita tengak apa yang SHAKLEE boleh bantu para ibu untuk memulihkan kembali tenaga, menyembuhkan luka semasa proses kelahiran dan mengurangkan tekanan semasa  berpantang.

Dalam SET BERSALIN SHAKLEE mengandungi vita-lea, vitamin b-complex, vitamin c dan zinc complex. Set bersalin ini mengandungi semua nutrient yang diperlukan oleh seorang ibu berpantang samada ibu bersalin secara normal atau yang bersalin secara pembedahan.

Set bersalin ini membantu ibu-ibu berpantang untuk :
  • mempercepatkan proses penyembuhan luka bersalin
  • membentuk dan membina semula sel-sel darah merah yang banyak tumpah semasa kelahiran
  • memulihkan semula luka dalaman rahim
  • mengelakkan tekanan / stress (meroyan)
  • lebih bertenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian dan menjaga bayi

VITA-LEA
  • membantu membekalkan 100% nutrient dan zat yang diperlukan oleh ibu berpantang 
  • mengandungi iron untuk membina semula sel darah merah yang banyak hilang semasa proses kelahiran
  • membantu ibu cergas dan bertenaga dalam proses berpantang

B-COMPLEX
  • memelihara sistem saraf dari tekanan @ stress
  • mengandungi folic acid yang diperlukan untuk pembentukan sel dan tisu baru
  • menukar kalori kepada tenaga untuk memberi stamina dan tenaga kepada ibu berpantang
  • membantu menenangkan ibu dan menstabilkan hormon serta dapat mengelakkan dari post partum depression (meroyan)
VITA-C

  • komponen yang sangat penting untuk penyembuhan luka
  • penting dalam pembinaan tisu penghubung untuk mencantum semula tisu yang koyak semasa proses bersalin
  • meningkatkan imuniti ibu untuk mengelakkan daripada mendapat jangkitan dari luka bersalin
  • memelihara kelenjar dari tekanan dan kecederaan

ZINC COMPLEX
  • sangat penting untuk penyembuhan luka dalaman dan luaran
  • zinc ni banyak terdapat dalam ikan haruan, sebab tu ramai orang suruh makan ikan haruan untuk cepatkan penyembuhan luka
  • mengelakkan rambut gugur dan memang sangat baik untuk ibu lepas bersalin sebab rambut gugur adalah isu besar bagi ibu selepas bersalin.

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Tuesday, 25 February 2014

TIPS KURUS 1 : KENAPA SURI RUMAH SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum semua.

Hari ini dan seterusnya saya akan kongsikan serba sedikit tips untuk kurus..
Tips ni saya baca dari FB seorang kawan yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg dalam masa lebih kurang 4 bulan.. saya dah mintak izin untuk attach gambar dia... so tunggu approval dari tuan tanah dulu yer... Tip-tip yang dia kongsikan memang sangat berinformasi dan sangat-sangat boleh membantu sesiapa yang nak turunkan berat badan.. dia pun follow blog dan tips dari kevin zahri.

PERSOALAN YANG SELALU DI TANYA.

Kenapa suri rumah yang banyak melakukan kerja-kerja rumah susah hendak turunkan berat badan walaupun  melakukan kerja-kerja rumah yang boleh membakar banyak kalori? Bekerja di rumah dari pagi sampai malam tapi berat tak turun-turun jugak. runsingkan?

Bukan sedikit kerja rumah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar suri rumah. Daripada mengemas, menyapu, mengemop, membasuh baju dan pinggan mangkuk, memasak, menghias laman rumah, melayan karenah anak-anak yang berbagai-bagai ragam dan banyak lagi lah.


Tetapi......... yang tak bestnya kenapa masih tidak kurus-kurus lagi. Bukankah aktiviti-aktiviti tu boleh membakar kalori dengan banyak?

Ok, di sini saya akan kongsikan sebab kenapa kerja-kerja rumah ni tak begitu membantu dalam menurunkan berat badan.. Aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja rumah sekiranya dilakukan buat pertama kali mungkin boleh dikira sebagai senaman, dan sudah semestinya berat badan akan turun beberapa kg dalam masa sebulan, namun percayalah, selepas itu berat badan tidak akan turun lagi.

KENAPA JADI MACAM TU?

Ini kerana, kerja-kerja rumah tersebut, apabila dilakukan berulang-ulang kali, ia akan berubah menjadi 'RUTIN' di mana badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim badan tidak berkurangan.
Turun berat badan ni sebenarnya di kira sebagai satu kerugian oleh tubuh badan kita. Bagi kita turun berat badan adalah bagus untuk mendapatkan BMI yang ideal tetapi badan kita tidak berfikir begitu.. tubuh badan kita berfikir sebaliknya.

Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori yang banyak, namun ia tidak membakar lemak secara efektif.. Untuk membakar lemak, kita kena pandai 'menipu' badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus 'tertipu' untuk membakar kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang tidur!! Inilah resepi kejayaan 'weigh/fat loss' yang ramai mungkin tidak nampak..


JADI, APA YANG PERLU DILAKUKAN?



Senaman harus dirombak sekali dalam 2 minggu supaya badan kita sentiasa terkejut dengan rejim senaman yang baru... Kerja rumah memang kena buat tiap-tiap hari kerana itu adalah rutin harian suri rumah tapi anda boleh selitkan sedikit senaman semasa melakukan kerja rumah dengan melakukan skipping selama 30 minit..seminggu lakukanlah senaman 2-3 kali.. 2 minggu kemudian blh tukar skipping ke berlari2  turun dan naik tangga atau bermain badminton.. buatlah senaman apa pun yang penting keluar peluh dan dapat bakar kalori.



Semoga bermanfaat untuk semua...tunggu tips seterusnya....selamat membaca..

P/S : OMEGA GUARD pun boleh membantu dalam membakar lemak.. kalau makan OMEGA plus senaman mesti resultnya marvelass kan??

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"