Wednesday, 19 February 2014

PARUT CHICKEN POX DAN VITAMIN E

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya dah lama nak tulis entry ni tapi baru sekarang berkesempatan untuk menulisnya..
Mesti ramai yang dah kene chicken pox kan?? Ada yang kene time kecik-kecik dulu. ada yang kene time dah besar. Time kecik ok lagi la kan sebab time tu rasa sakit tak sama macam kita yang dah besar ni. dan yang paling orang risau pasal parutnya. nak-nak kalau chicken pox tu kene teruk sangat. memang menangis nak bagi clear balik..

Cerita pasal chicken pox..seorang adik baru-baru ni kene lagi buat kali kedua di umur 25 tahun..memang teruk giler lah..sebelum ni kulit licin jer..1 jerawat pun tak de..alih-alih kene chicken pox tahap nak menangis la tengok..habis 1 muka dan seluruh badan..selamat tinggal pada kulit licin dan tanpa cela sebelum nih..
Lepas ok jer chicken pox dia...terus cari vitamin yang boleh kasi clear parut dia...tak tunggu lama, terus sambar vitamin e ni dan hasilnya...


Ini gambar sebelum makan vitamin E. Lebih kurang a few week after baik dari chicken pox tu. Nampak tak parut-parut dekat muka dia tu. Kalau ikutkan parut dia lagi banyak sampai seluruh badan. Selepas sebulan mengambil vitamin e secara konsistan kesannya sangat memberangsangkan. Parut dah semakin memudar. Hanya dalam masa sebulan !

Dan sekarang sini tengok hasil selepas tidak sampai 2 bulan pun makan vitamin E ni. Wajah dah kembali pada yang asal ! Siapa tak suka kannnn. :D


Nak tau vitamin E apa yang dia makan. Semestinya vitamin E dari SHAKLEE...sebab apa???
Sebabnya vitamin E SHAKLEE adalah dari alpha tocopherol di mana alpha tocopherol adalah komponen paling aktif dalam vitamin E.Selain tu ia juga mengandungi selenium dimana penyerapan berlaku lebih cepat apabila di ambil bersama selenium.

SEDIKIT INTRO PASAL VITAMIN E

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovascular. Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Yang menariknya vitamin E ini 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari dan tidak menjadi toksik seperti vitamin A. Alpha tocopherol adalah komponen yang paling aktif dalam vitamin E.

KEPENTINGAN VITAMIN E

Sebenarnya vitamin e ni sangat banyak kepentingannya..tapi ramai orang hanya tahu 1 fungsinya sahaja iaitu pudarkan parut..Kat sini saya listkan sedikit kebaikan mengambil vitamin e :
  1. Melindungi jantung - membantu dalam melindungi jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Selain itu pengamal vitamin e setiap hari dapat mengurangkan risiko untuk mendapatkan masalah jantung
  2. Antipenuaan - membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik hitam. Ianya juga mampu memulihkan tekstur kulit yang rosak akibat parut luka
  3. Antioksidan yang kuat - Antioksidan dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel sekaligus dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Radikal bebas ini sebenarnya yang mempercepatkan proses penuaan.
  4. Kelestarian tenaga - meningkatkan kelestarian tenaga dengan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk sel badan
  5. Membantu dalam arthritis - membantu pesakit arthritis dalam meningkatkan keanjalan salur darah
  6. Memperbaiki parut - boleh disapukan terus kepada luka bagi mengurangkan kesan parut
  7. Meningkatkan kesuburan - dalam 1 kajian yang dikeluarkan pada Jan 2011 di dalam 'International Journal of General Medicine" mendapati kualiti air mani dan pergerakkan sperma bertambah baik bagi lelaki yang mengambil vitamin e.
Mulai sekarang, mari amalkan vitamin e sebagai sebahagian supplement wajib setiap hari..

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"


2 comments:

Mama Darwiish said...

Wah bagusnye kan
Sekejap je hilang
Shaklee the best
Xtually sis makan b-complex sgt bertenage

Unknown said...

betul tu mama darwiish. :D
sy pon mkn b-complex. sgt ok ;)