Tuesday, 25 February 2014

TIPS KURUS 1 : KENAPA SURI RUMAH SUSAH TURUNKAN BERAT BADAN

Assalamualaikum semua.

Hari ini dan seterusnya saya akan kongsikan serba sedikit tips untuk kurus..
Tips ni saya baca dari FB seorang kawan yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18kg dalam masa lebih kurang 4 bulan.. saya dah mintak izin untuk attach gambar dia... so tunggu approval dari tuan tanah dulu yer... Tip-tip yang dia kongsikan memang sangat berinformasi dan sangat-sangat boleh membantu sesiapa yang nak turunkan berat badan.. dia pun follow blog dan tips dari kevin zahri.

PERSOALAN YANG SELALU DI TANYA.

Kenapa suri rumah yang banyak melakukan kerja-kerja rumah susah hendak turunkan berat badan walaupun  melakukan kerja-kerja rumah yang boleh membakar banyak kalori? Bekerja di rumah dari pagi sampai malam tapi berat tak turun-turun jugak. runsingkan?

Bukan sedikit kerja rumah yang dilakukan oleh seorang yang bergelar suri rumah. Daripada mengemas, menyapu, mengemop, membasuh baju dan pinggan mangkuk, memasak, menghias laman rumah, melayan karenah anak-anak yang berbagai-bagai ragam dan banyak lagi lah.


Tetapi......... yang tak bestnya kenapa masih tidak kurus-kurus lagi. Bukankah aktiviti-aktiviti tu boleh membakar kalori dengan banyak?

Ok, di sini saya akan kongsikan sebab kenapa kerja-kerja rumah ni tak begitu membantu dalam menurunkan berat badan.. Aktiviti-aktiviti atau kerja-kerja rumah sekiranya dilakukan buat pertama kali mungkin boleh dikira sebagai senaman, dan sudah semestinya berat badan akan turun beberapa kg dalam masa sebulan, namun percayalah, selepas itu berat badan tidak akan turun lagi.

KENAPA JADI MACAM TU?

Ini kerana, kerja-kerja rumah tersebut, apabila dilakukan berulang-ulang kali, ia akan berubah menjadi 'RUTIN' di mana badan akan sedaya upaya menyesuaikan dirinya agar jisim badan tidak berkurangan.
Turun berat badan ni sebenarnya di kira sebagai satu kerugian oleh tubuh badan kita. Bagi kita turun berat badan adalah bagus untuk mendapatkan BMI yang ideal tetapi badan kita tidak berfikir begitu.. tubuh badan kita berfikir sebaliknya.

Sesuatu yang menjadi rutin, meskipun menggunakan kalori yang banyak, namun ia tidak membakar lemak secara efektif.. Untuk membakar lemak, kita kena pandai 'menipu' badan kita supaya badan tidak boleh menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut, lalu akan terus 'tertipu' untuk membakar kalori dengan kadar yang sama seperti bersenam meskipun anda sedang tidur!! Inilah resepi kejayaan 'weigh/fat loss' yang ramai mungkin tidak nampak..


JADI, APA YANG PERLU DILAKUKAN?



Senaman harus dirombak sekali dalam 2 minggu supaya badan kita sentiasa terkejut dengan rejim senaman yang baru... Kerja rumah memang kena buat tiap-tiap hari kerana itu adalah rutin harian suri rumah tapi anda boleh selitkan sedikit senaman semasa melakukan kerja rumah dengan melakukan skipping selama 30 minit..seminggu lakukanlah senaman 2-3 kali.. 2 minggu kemudian blh tukar skipping ke berlari2  turun dan naik tangga atau bermain badminton.. buatlah senaman apa pun yang penting keluar peluh dan dapat bakar kalori.



Semoga bermanfaat untuk semua...tunggu tips seterusnya....selamat membaca..

P/S : OMEGA GUARD pun boleh membantu dalam membakar lemak.. kalau makan OMEGA plus senaman mesti resultnya marvelass kan??

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Monday, 24 February 2014

JOM BISNES DENGAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua.

Ramai sebenarnya di antara kita ingin mengubah hidup. Ingin bantu suami dalam menaiktaraf ekonomi keluarga.. ingin hantar parents buat haji dan umrah.. ingin beli apa saja yang diidamkan.... tapi kekangan kewangan membantutkan segala hasrat dan impian tersebut.... Dulu mungkin orang kata kita berangan-angan mat jenin tapi sekarang semua tu tak mustahil walaupun kita seorang surirumah sepenuh masa. :)

Memang ramai yang berkobar-kobar nak berbisnes tapi ada suara halus yang selalu bertanya soalan itu dan ini. Soalan2 inilah yang membuatkan kita jadi ragu-ragu..

"Teringin nak buat bisness tapi tak ada modal besar."


"Saya tak tahu berbisnes. Malu nak bercakap. Tak reti nak promote barang."



"Tak ada masa lah nak pos barang, beli barang/produk ni."



"Betul ke buat bisnes ni boleh dapat ribu-ribu sebulan?"

Tapi hakikatnya tiada apa yang mustahil pun. Antara nak ataupun tak je.

So, untuk menjawab persoalan ni. Cubalah pilih bisnes bersama SHAKLEE. Sebab SHAKLEE tak perlukan modal yang besar. Hanya RM75 untuk daftar sebagai ahli dan yang penting keahlian adalah seumur hidup. Untungkan ! 


Masalah terbesar semua orang, tak tau berbisnes. itu bukan masalah atau halangan. semua orang bermula dari zero. tak tahu apa-apa pun. apa yang perlu adalah sikap ingin belajar. saya akan ajar dari mula bagaimana untuk memulakan bisnes ini dari bawah sehingga berada di tempat selesa. lagipun kita ada group yang sangat berdedikasi dan sangat menolong. Tiada masa untuk urusan membeli dan mengepos produk bukan menjadi satu isu dah sekarang ni sebab dengan SHAKLEE anda boleh lakukan bisnes ini 100% secara online.

dan yang paling penting SHAKLEE bukan skim cepat kaya ! hari ini join bulan depan dah dapat berpuluh-puluh ribu. Ada anak tangga yang perlu anda lalui di mana anda akan seronok melaluinya. Jika anda seorang yang yakin dan tidak berputus asa, bukan beribu-ribu malah ramai yang sudah dapat income berpuluh-puluh ribu di tengah-tengah bulan. semasa orang sudah berkeluh- kesah tentang gaji yang dah dipenghujung. anda boleh tersenyum dengan bonus yang diberikan oleh SHAKLEE.

KENAPA MESTI SHAKLEE???

Walaupun seseorang itu baru join untuk menjalankan bisnes SHAKLEE, tapi peluang untuk berjaya dan berkembang adalah sama rata dengan orang yang sudah lama join bisnes ni.. Kita juga berpeluang untuk mandapat bonus yang lebih banyak dari upline jika kita berusaha bersungguh-sungguh kerana dalam bisnes shaklee malaysia perkara yang penting dan utama adalah penjualan produk.. Jadi lebih banyak produk kita jual, lebih banyak la bonus yang kita dapat.. memang ada kes downline mendapat bonus lagi banyak dari uplinenya.. bestkan?

Sekiranya sudah ada niat dan terfikir-fikir untuk menjalankan bisnes.. jangan tunggu lagi.. mulakan langkah sekarang.. apa yang penting carilah orang dan group yang boleh guide anda dengan sebaik-baiknya untuk menjalankan bisnes online dengan teratur dan boleh juga membimbing kita menjadi individu yang baik  melalui amalan-amalan rohani yang diterapkan.. bukan sahaja bisnes dapat tapi kita juga mampu menjadi insan yang lebih baik..

Sekiranya ada di antara anda yang berminat untuk memulakan bisnes online bersama-sama saya dan group ini dan berhajat untuk menjadi lebih baik. Boleh hubungi saya sekarang ! :)



Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Saturday, 22 February 2014

DENGGI YANG SEMAKIN MENAKUTKAN

Assalamualaikum semua...

Harap anda semua sihat di bawah lindunganNYA. Sekarang banyak sangat kes pasal denggi kita dengar. Baru-baru ni seorang kawan ayahnya meninggal sebab denggi. sebenarnya ayahnya dah pergi hospital bila demam tapi doktor kata sekarang memang musim demam..so dia assume demam biasa. pergi lagi ke hospital kali kedua sebab terlampau weak. tapi mungkin sudah ajalnya. tak dapat di selamatkan. puncanya sebab demam denggi. Seorang lagi kawan, suaminya dimasukkan ke icu sebab severe denggi tapi sekarang alhamdulillah sudah beransur pulih.

So, hari ni entry saya pasal DENGGI. Ramai yang masih kurang alert pasal demam denggi ni. Ramai customer yang datang sebab demam yang tak kebah-kebah sejak beberapa hari sampai beberapa minggu. saya memang paksa diorang pergi klinik atau hospital ambil darah. Check samada demam biasa atau demam denggi.


DEMAM DENGGI TU APA YE?
  • Demam Denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk AEDES aegypati yang mudah dijangkiti.
  • Terdapat 4 jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN1,2,3,4)
  • Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja. Jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya..so, ingat ya..walaupun penah kena..kebarangkalian untuk kena lagi memang ada..
Dah tau ape tu demam denggi, so sekarang apa plak TANDA-TANDAnya. Ramai sebenarnya yang masih kurang pasti tanda-tanda seseorang mendapat demam denggi...

TANDA-TANDA dan GEJALA DEMAM DENGGI
  • kebiasaannya demam denggi akan terjadi pada hari ke 3 hingga ke 4 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara 4-7 hari.
  • selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk / kuat, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.
  • demam ini boleh mencapai suhu 40-41darjah celcius, dan selalunya akan berlarutan selama 2-7 hari.  Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan di kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai 'breakbone fever'.
  • ruam selalunya akan tunbuh pada hari ke 3 dan 4 selepas bermulanya demam
  • muntah dan kurang selera makan

Ok, kalau agak-agak ada tanda-tanda seperti di atas. apa nak buat ye? RAWATAN yang macammana sesuai untuk pesakit demam denggi ni?
  • First of all dan paling penting segeralah berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.
  • Rehat dan minum banyak air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan kurangkan kesakitan
  • Elakkan beri ubat aspirin pada kanak-kanak di bawah umur 12 tahun
  • Antibiotik tidak diperlukan..Ingat tu..ni jangkitan virus bukan bakteria..so tak perlulah ambil antibiotik yer.
LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN
  • Elakkan gigitan nyamuk dengan memakai ubat nyamuk @ guna kelambu semasa tidur..Ermm..ada sapa-sapa tak penah tengok kelambu tak?
  • Elakkan  aktiviti semasa nyamuk sedang aktif menggigit (diantara 5.30 pg - 8.00 pg dan 5.30 ptg - 8.00 malam)
  • Paling penting. hapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes !

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Wednesday, 19 February 2014

PARUT CHICKEN POX DAN VITAMIN E

Assalamualaikum semua.

Sebenarnya dah lama nak tulis entry ni tapi baru sekarang berkesempatan untuk menulisnya..
Mesti ramai yang dah kene chicken pox kan?? Ada yang kene time kecik-kecik dulu. ada yang kene time dah besar. Time kecik ok lagi la kan sebab time tu rasa sakit tak sama macam kita yang dah besar ni. dan yang paling orang risau pasal parutnya. nak-nak kalau chicken pox tu kene teruk sangat. memang menangis nak bagi clear balik..

Cerita pasal chicken pox..seorang adik baru-baru ni kene lagi buat kali kedua di umur 25 tahun..memang teruk giler lah..sebelum ni kulit licin jer..1 jerawat pun tak de..alih-alih kene chicken pox tahap nak menangis la tengok..habis 1 muka dan seluruh badan..selamat tinggal pada kulit licin dan tanpa cela sebelum nih..
Lepas ok jer chicken pox dia...terus cari vitamin yang boleh kasi clear parut dia...tak tunggu lama, terus sambar vitamin e ni dan hasilnya...


Ini gambar sebelum makan vitamin E. Lebih kurang a few week after baik dari chicken pox tu. Nampak tak parut-parut dekat muka dia tu. Kalau ikutkan parut dia lagi banyak sampai seluruh badan. Selepas sebulan mengambil vitamin e secara konsistan kesannya sangat memberangsangkan. Parut dah semakin memudar. Hanya dalam masa sebulan !

Dan sekarang sini tengok hasil selepas tidak sampai 2 bulan pun makan vitamin E ni. Wajah dah kembali pada yang asal ! Siapa tak suka kannnn. :D


Nak tau vitamin E apa yang dia makan. Semestinya vitamin E dari SHAKLEE...sebab apa???
Sebabnya vitamin E SHAKLEE adalah dari alpha tocopherol di mana alpha tocopherol adalah komponen paling aktif dalam vitamin E.Selain tu ia juga mengandungi selenium dimana penyerapan berlaku lebih cepat apabila di ambil bersama selenium.

SEDIKIT INTRO PASAL VITAMIN E

Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovascular. Vitamin E adalah vitamin larut lemak yang disimpan di dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Yang menariknya vitamin E ini 60-70% darinya akan disingkirkan dari tubuh setiap hari dan tidak menjadi toksik seperti vitamin A. Alpha tocopherol adalah komponen yang paling aktif dalam vitamin E.

KEPENTINGAN VITAMIN E

Sebenarnya vitamin e ni sangat banyak kepentingannya..tapi ramai orang hanya tahu 1 fungsinya sahaja iaitu pudarkan parut..Kat sini saya listkan sedikit kebaikan mengambil vitamin e :
  1. Melindungi jantung - membantu dalam melindungi jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL (kolesterol baik). Selain itu pengamal vitamin e setiap hari dapat mengurangkan risiko untuk mendapatkan masalah jantung
  2. Antipenuaan - membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, jerawat dan bintik hitam. Ianya juga mampu memulihkan tekstur kulit yang rosak akibat parut luka
  3. Antioksidan yang kuat - Antioksidan dapat menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel sekaligus dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kanser. Radikal bebas ini sebenarnya yang mempercepatkan proses penuaan.
  4. Kelestarian tenaga - meningkatkan kelestarian tenaga dengan membekalkan oksigen yang mencukupi untuk sel badan
  5. Membantu dalam arthritis - membantu pesakit arthritis dalam meningkatkan keanjalan salur darah
  6. Memperbaiki parut - boleh disapukan terus kepada luka bagi mengurangkan kesan parut
  7. Meningkatkan kesuburan - dalam 1 kajian yang dikeluarkan pada Jan 2011 di dalam 'International Journal of General Medicine" mendapati kualiti air mani dan pergerakkan sperma bertambah baik bagi lelaki yang mengambil vitamin e.
Mulai sekarang, mari amalkan vitamin e sebagai sebahagian supplement wajib setiap hari..

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"


Tuesday, 18 February 2014

FIBER YANG SEMAKIN DILUPAKAN

Assalamualaikum semua...

Hari ni hati meronta-ronta nak tulis pasal FIBER...nak tau kenapa??? sebab ramainya pelanggan yang datang mengalami masalah sembelit. Apa kaitan fiber dengan sembelit yer? Memang ada kaitannya. Bukan sembelit sahaja, NAK TURUN ATAU KAWAL BERAT BADAN PUN BOLEH. Macam best jer kan.

APA ITU FIBER?

"Fiber is also known as roughage. It is the indigestible part of plant foods that pushes through our digestive system, absorbing water along the way and easing bowel movements".

JENIS-JENIS FIBER

Fiber terdiri daripada non-starch polysaccharides seperti cellulos, dextrins, inulin, lignin, chitins, pectins, beta-glucans, waxes dan oligosaccharides.

Fiber ni ada 2 jenis iaitu soluble fiber dengan insoluble fiber.


Soluble fiber - ia adalah fiber yang larut air. Mengalami perubahan bentuk apabila melalui saluran pencernaan, di mana ia difermentasikan oleh bacteria, menyerap air dan membentuk gelatin.


Insoluble fiber - fiber yang tidak larut air. Ia tidak mengalami perubahan bentuk semasa melalui saluran pencernaan.

Kedua-dua jenis fiber ni ada dalam plant foods, tapi selalunya dalam kadar yang berbeza.

MAKANAN YANG KAYA DENGAN FIBER

Diet yang seimbang adalah terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin dan nutrien, tapi mesti elakkan daripada mengandungi lemak tepu (saturated fat) dan perlu diberi perhatian juga pada fiber.
Dairy product, white bread dan other starches adalah mengandungi kandungan fiber yang agak rendah.

Di bawah ni saya list sedikit makanan yang mengandungi kandungan fiber yang tinggi.

real grains - ½ cup cookedSolubleInsoluble
Barley1g4g
Oatmeal1g2g
Oatbran1g3g
SeedsSolubleInsoluble
Psyllium seeds ground (1 Tbsp)5g6g
Fruit (1 medium fruit)SolubleInsoluble
Apple1g4g
Banana1g3g
Blackberries (½ cup)1g4g
Citrus Fruit (orange, grapefruit)2g2-3g
Nectarine1g2g
Peach1g2g
Pear2g4g
Plum1g1.5g
Prunes (¼ cup)1.5g3g
Vegetables (½ cup cooked)SolubleInsoluble
Broccoli1g1.5g
Brussels Sprouts3g4.5g
Carrots1g2.5g


FUNGSI DAN KEBAIKAN INSOLUBLE FIBER

Insoluble fiber mempunyai banyak fungsi termasuk menggerakkan makanan melalui saluran pencernaan dan mengawal paras PH (keasidan) dalam usus.

Kebaikan Insoluble fiber :
  • menggalakkan pergerakkan usus menjadi teratur dan seterusnya dapat mencegah sembelit
  • mempercepatkan pembuangan sisa toksin melalui usus besar (colon)
  • selain dapat mengekalkan nilai PH di tahap optimum di dalam usus, insoluble fiber juga menolong mencegah mikrob daripada menghasilkan bahan toksin yang boleh menyebabkan colorectal cancer.
Sumber makanan yang kaya dengan insoluble fiber termasuk sayur-sayuran terutama dark green leafy one, root vegetable skin, fruit skin, whole wheat products, wheat bran, corn bran, nuts dan seeds.

FUNGSI DAN KEBAIKAN SOLUBLE FIBER

Soluble fiber akan mengikat dengan fatty acids, di mana ia akan melambatkan masa yang diperlukan untuk mengosongkan perut dan meningkatkan penyerapan gula oleh badan.

Kebaikan Soluble fiber :
  • membantu dalam menurunkan paras kolesterol terutama paras LDL (bad cholesterol)
  • It regulate sugar intake...di mana ia sangat berguna terutama kepada pesakit diabetis dan metabolic syndrom.
Makanan yang kaya dengan soluble fiber termasuk kidney beans, pinto beans, brussels sprouts, broccoli, spinach, apple, orange, oatmeal dan whole-wheat bread.


BERAPA BANYAK SOLUBLE DAN INSOLUBLE FIBER YANG KITA PERLU AMBIL?

Menurut Academy of Nutrition and Dietetics, jumlah pengambilan fiber yang dicadangkan untuk wanita adalah sebanyak 25g manakala lelaki 38g sehari. Bagaimanapun, jumlah pengambilan selepas umur 50 tahun adalah kurang sedikit di mana wanita hanya 21g dan lelaki 30g.

Kebanyakkan pakar pemakanan menyatakan kadar bagi insoluble vs soluble fiber dalam kadar 75% : 25% atau 3 bahagian untuk insoluble untuk setiap 1 bahagian soluble. Kebanyakkan makanan yang mengandungi fiber yang tinggi selalunya mempunyai kedua-dua jenis fiber ini. So it should not be necessary to be too careful about dividing them up.

KENAPA FIBER SANGAT BAGUS UNTUK DIAMALKAN

Pengambilan fiber banyak memberi manfaat kepada kesihatan. Menurut University of Maryland Medical Center, pengambilan soluble fiber dapat membantu melindungi daripada penyakit jantung di mana ia dapat membantu dalam menurunkan  paras kolesterol. Pengambilan insoluble fiber pula dapat mengurangkan risiko terjadinya sembelit, kembung, colon cancer dan buasir.

Pesakit diabetis yang mengamalkan pengambilan fiber yang banyak tend to need less insulin berbanding dengan mereka yang tidak atau kurang mengambil fiber.

Sesiapa yang berhasrat untuk MENURUNKAN BERAT BADAN @ UNTUK KAWAL BERAT BADAN boleh mengamalkan pengambilan makanan yang tinggi fiber. Fiber fills you up without adding calories ( fiber calories are not absorbed by your body).

RECENT DEVELOPMENT ON WHY FIBIR IS GOOD FOR YOU FROM MNT NEWS

High fiber diet protects you from stroke. Researchers from the University of Leeds' School of Food Science & Nutrition in Leeds, United Kingdom, reported an association in the journal Stroke4 between eating more fiber and a lower risk of first time stroke.

Fiber intake level key in warding off death. A study conducted by researchers from the National Cancer Institute5 found that those who ate a high-fiber diet decreased their risk of dying over a nine year period compared to those who ate less fiber. A total of 219,123 men and 168,999 women ages 50 to 71 years of age were included in the study.


Masih ramai yang mengadu. Minum air dah BANYAK, dah makan sayur-sayuran dan buah-buahan tapi still selalu sembelit jugak. Ermm, apa kata anda try fiber ni. Senang dan mudah. SEMBELIT hilang BADAN PUN BOLEH KURUS.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Sunday, 16 February 2014

Probiotics dan kesihatan usus

Assalamualaikum semua.


Masalah ketidakhadaman seperti cirit-birit,angin yang banyak di dalam badan dan sembelit sudah menjadi satu masalah  bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Masalah ini amat mengganggu kehidupan seseorang. Sudah mencuba pelbagai ubat-ubatan tetapi kesannya hanya sementara.

APA ITU SINDROM IRITASI USUS (irritable bowel syndrom)?

Sindrom iritasi usus adalah suatu masalah penghadaman yang digambarkan seperti sakit perut, kejang, angin, gas, cirit-birit dan sembelit. Masalah ini terjadi biasanya adalah disebabkan oleh pengurangan bakteria baik di dalam badan. Faktor gaya hidup dan faktor persekitaran seperti tekanan, pencemaran dan minum terlalu banyak kafein dan alkohol boleh menyebabkan kemusnahan bakteria yang baik ini.

Kebanyakkan pelanggan yang datang selalunya mempunyai masalah angin yang banyak di dalam badan. Angin yang banyak ni menyebabkan rasa loya dan nak muntah, sakit-sakit badan dan pening kepala. Ada sampai  pelanggan berfikir mereka mempunyai kanser usus...ermmm..dashyat kan??

SO, APA JALAN PENYELESAIANNYA.

Selalunya bila berdepan dengan masalah seperti ini, saya selalu cadangkan kepada pelanggan untuk mengambil PROBIOTICS.

PROBIOTICS TU APA YE?

PROBIOTICS adalah bakteria hidup yang secara semulajadi memang terdapat dalam salur penghadaman dan vagina. Probiotics bertindak menekan pertumbuhan bakteria berbahaya, memperbaiki fungsi imun badan dan meningkatkan halangan rintangan sistem pencernaan.

Pesakit yang mempunyai sistem iritasi usus selalunya tidak mempunyai cukup bakteria yang baik dalam usus dan ini menyebabkan peningkatan dari bakteria yang menghasilkan gas.

Probiotics boleh membantu dalam menangani masalah sindrom iritasi usus seperti ketidakhadaman, cirit-birit, sakit perut dan angin.
Probiotics juga bertindak dengan membetulkan semula kekurangan bakteria baik di dalam sistem penghadaman.


Studies have found that probiotics may be helpful for people with irritable bowel syndrome. For example, a fairly large study published in the American Journal of Gastroenterologyexamined the use of three different doses of Bifidobacterium infantis or a placebo in 362 women with irritable bowel syndrome. After four weeks, the B. infantis dose of 1 x 10(8) c.f.u. was found to be more effective than a placebo at reducing abdominal pain, bloating, bowel dysfunction, incomplete evacuation, straining, and gas.


Probiotics ada dalam bentuk capsules, serbuk dan cecair. Ia memang sangat-sangat membantu bagi sesiapa yang mempunyai masalah ketidakhadaman terutama mereka yang banyak angin.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Saturday, 15 February 2014

Omega 3 dan Ekzema

Assalamualaikum semua.

Entry kali ni saya nak kongsi cerita pasal kaitan minyak ikan @ omega 3 dengan ekzema...
Akhir-akhir ni ramai yang datang menyalami masalah kulit sensitif. Allergy, ekzema atau psoriasis.
kecil, besar, tua dan muda kebanyakkan ada masalah ni..

Sebelum tu saya nak kongsi cerita pasal seorang customer saya.


Ayah dia ada plaque psoriasis. Dia pun ada ekzema. Krim steroid memang wajib ada dekat rumah. Masalah psoriasis ayahnya sangat kritikal.

Disebabkan masalah psoriasis tak settle lagi. Timbul macam-macam penyakit disebabkan oleh psoriasis. Kencing manis, urat saraf , jantung dan macam-macam lagi.
Dah ambil ubat kemoterapi untuk control psoriasisnya tapi lama-lama tak boleh tolerate pulak dengan ubat ni. Doctor suggest ambil sejenis ubat yang harganya hampir rm10k. Ubat ni je yang dia boleh tolerate. Masalahnya ubat ni kene ambil setiap 3 bulan. Mana nak cari duit???? Nak tak nak kene beli juga 1 dos dulu. Dalam pada tu dia paksa ayah dia ambil minyak ikan.

Alhamdulillah. Dengan mengamalkan minyak ikan ni secara konsisten dan dengan izin Allah juga, ubat yang dia ambil hari tu boleh tahan selama setahun setengah dan yang paling best segala penyakit dah hilang perlahan-lahan bila psoriasisnya dah control. Dah boleh berjongging lagi. Dia pun memang amalkan minyak ikan jugak dari dulu..tu yang ekzemanya undercontrol...

Fish oil & eczema
"In one study, people taking fish oil equal to 1.8g of EPA (one of the omega 3 fatty acids found in fish oil) experienced significant reduction in symptoms of eczema after 12 weeks. Researchers think that may be because fish oil help reduce leukotriene B4, an inflammatory substance that plays a role in eczema."
source : university of maryland medical center


Sebenarnya minyak ikan ni banyak sangat manfaatnya. Ramai yang dah menjadikan minyak ikan adalah supplement wajib di makan setiap hari sebab sudah merasai kesannya.

Selain dapat mengurangkan keradangan dan seterusnya mengurangkan simptom ekzema, minyak ikan juga bagus untuk :
  1. Melindungi jantung. Pengambilan asid lemak omega 3 dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.
  2. Memelihara kesihatan kardiovaskular dan membantu memelihara paras tekanan darah dan paras trigliserida yang normal. Orang yang ada tekanan darah tinggi dengan kolesterol sangat disyorkan untuk mengambil minyak ikan.
  3. Menyokong kesihatan otak, penglihatan dan fungsi sendi
  4. Meningkatkan pertahanan badan
  5. Membantu perkembangan otak bayi dalam kandungan kerana kandungan DHA yang terdapat dalam minyak ikan adalah nutrien utama untuk otak, sistem saraf dan retina.
  6. Meningkatkan keupayaan ingatan dan mencegah penyakit ALzheimer.
Sebelum membeli minyak ikan, ada 3 perkara penting yang perlu dititik beratkan dalam memilih supplement omega 3 terbaik.
  1. Pastikan sumber omega 3 tersebut. Minyak ikan atau minyak sayuran. Minyak ikan mempunyai kandungan DHA dan EPA yang  tinggi.
  2. Amaun yang perlu diambil. Kandungan omega 3 bergantung kepada umur, jantina dan keperluan individu itu sendiri
  3. Pilih yang terbaik. Omega 3 dari minyak ikan yang bebas daripada logam berat..itu yang paling penting..
Apa-apapun, minyak ikan pilihan saya ialah....


BEST PRICE OMEGA GUARD SHAKES?

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Wednesday, 12 February 2014

ISU BERKAITAN MEAL SHAKES SHAKLEE

Assalamualaikum semua..

Hari ni mari membaca mengenai meal shakes dari shaklee pulak..sebelum tu mesti ada yang tak tahu ape meal shakes ni...ok, kita tengak gambar dulu...


Meal shakes ini mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral. Asid folik, biotin, kalsium dan magnesium yang terdapat dalam meal shakes ni berfungsi untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses tumbesaran. Juga mengandungi vitamin A,C,E,Zink,Selenium berfungsi sebagai anti-oksidan. Vitamin b-complex dan zat besi pula untuk membentuk sel darah merah yang sihat. Selain dari vitamin, meal shakes juga kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan daripada kolon dan perut serta kaya dengan protein yang membantu dalam penyihatkan sel.

Ok, dah tahu serba sedikit pasal meal shakes..tengok pada kandungannya..meal shakes memang marvelous..tapi masih ada isu yang sentiasa dipersoalkan oleh ramai pengguna...

Pertama berkaitan dengan MALTODEXTRIN.

Meal shakes shaklee ada maltodextrin?? Ya, betul..memang ada..
Tapi sebelum tu..apa itu maltodextrin...? Maltodextrin adalah bahan tambahan (additive) yang biasa digunakan dalam makanan-makanan proses sebagai 'thickener' atau 'filler'.
Maltodextrin adalah sejenis karbohidrat complex yang biasanya diekstrak dari beras, jagung, kentang, barli dan gandum. Maltodextrin bukannya sejenis bahan kimia. Ia diperlukan untuk membekalkan "glucose" dengan cepat kepada badan disebabkan sifatnya mempunyai Indeks Glisemik Tinggi. tapi keburukannya, jika maltodextrin tidak digunakan oleh sel badan, ia akan bertukar menjadi lemak..Itu sahaja keburukannya..

Kedua berkenaan KANDUNGAN GULA dalam meal shakes.


Pada pelekat meal shakes shaklee ada tertulis untuk serving per 100g meal shakes membekalkan 47.1g gula. Kandungan gula ni memang tinggi untuk kanak-kanak...tapi panduan pada botol meal shakes tertulis serving size yang dicadangkan hanyalah 34g di mana cuma 16g gula sahaja...jadi..di sini meal shakes yang tidak selamat atau kita yang tidak mengikut panduan pemakanan yang disarankan?


Terakhir berkaitan dengan UMUR ...adakah meal shakes sesuai diberikan kepada kanak-kanak?


Jika ditanya kepada pengedar shaklee, ramai yang akan memberi jawapan kanak-kanak berusia 1 tahun dan keatas boleh mengambil meal shakes tapi jumlah pengambilan mestilah diselaraskan mengikut umur kanak-kanak tersebut. Sebenarnya serving 34g yang dicadangkan tu adalah panduan umum untuk orang dewasa dan kanak-kanak yang sudah bersekolah yang sudah mempunyai sistem penghadaman yang matang.


Apa-apapun bergantung kepada kebijaksanaan dan penilaian ibu bapa itu sendiri..

Disini saya sertakan juga testimonial dari customer yang sangat berpuas hati selepas memberikan meal shakes kepada anaknya yang berumur 2 tahun lebih..


BEST PRICE MEAL SHAKES?

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Tuesday, 11 February 2014

Vita-lea tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin dalam darah

Assalamualaikum

Apa khabar hari ni? Cuaca yang tidak menentu ni, ramai yang sakit tekak, batuk, selesema dan demam. Paling kritikal sekarang ni pasal kes denggi. Seorang kawan, suaminya di icu sekarang ni kerana severe denggi. Sama-sama doakan kesihatan beliau..

Ok, berbalik pada tajuk penuh kontroversi hari ni. Mesti ada yang terperanjat kan? Yelah,SHAKLEE sekarang dah jadi 1 fenomena.

Baru-baru ni saya terbaca 1 status yang di post oleh rakan sekuliah saya dulu. Juga seorang pharmacist.

"Seorang wanita mengandung datang ke farmasinya mencari Vita-lea Shaklee. Bila diselidik rupa-rupanya wanita ni HBnya di bawah 10. Kandungannya sudah masuk 5 bulan, tapi dia refuse untuk ambil iron supplement sebab katanya ada agen shaklee bagitau dia makan vita-lea iron formula boleh increase hb. Iron content dalam vita-lea tu bukan untuk treatment. 9mg jer.


Ibu mengandung needs much more than that. Jangan mempengaruhi prospects anda sehingga membahayakan nyawa orang lain..."




Saya memang sangat bersetuju dengan kawan saya ni. Ibu mengandung memerlukan sekurang-kurangnya 30mg iron sehari mengikut USRDA. Iron komponen terpenting dalam hemoglobin yang terdapat dalam darah dan berperanan membawa oksigen ke seluruh badan untuk kelangsungan hidup.

Kekurangan iron atau dipanggil anemia ketika hamil dan selepas melahirkan anak sering dikaitkan dengan komplikasi kehamilan yang serius seperti keguguran, kelahiran pramatang, saiz bayi yang kecil, koma dan yang paling membimbangkan ialah kemungkinan ibu meninggal dunia.

Dalam situasi ini, pengambilan iron supplement yang lebih tinggi dosnya dari vita-lea seperti iron yang dibekalkan oleh hospital atau mengambil iberet folic adalah perlu kerana kandungan ironnya lebih tinggi dari vita-lea. Bila paras hemoglobin sudah mencapai paras yang sepatutnya tak salah untuk mengamalkan vita-lea sebagai makanan tambahan kerana selain mempunyai kandungan iron, vita-lea juga mampu memberi tenaga yang optimum dan dapat mencegah kelesuan..


Selain daripada mengambil iron supplement, ibu mengandung juga perlu mengambil makanan yang kaya dengan zat besi (iron) seperti ayam, sayur berdaun hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan dan tauhu.


Vitamin c tambahan juga disyorkan diambil bersama kerana vitamin c boleh meningkatkan serapan iron manakala teh dan kopi mengurangkan serapan iron jika diambil 1 atau 2 jam sebelum mengambil iron tambahan.

Kalsium tambahan atau makanan/minuman yang mengamdungi kalsium disyorkan di ambil secara berasingan daripada iron contohnya sebelum tidur, untuk mengurangkan rencatan kepada penyerapan iron.

Ok, itu saja yang saya nak share hari ni...harap memberi manfaat pada semua..kepada anda semua..bertanyalah kepada yang PAKAR kalau musykil sesuatu perkara. peace ! :D


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Monday, 10 February 2014

Alat senaman untuk paru-paru

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share 1 alat untuk senaman paru-paru..

Nama alat ni  BREATH BUILDER VOLDYNE VOLUMETRIC EXERCISE..Agak-agak pernah tengok tak alat ni...




Jika  paru-paru tidak berfungsi di tahap yang optimum, sukar bernafas sebab paru-paru kurang mengembang terutama pesakit asma atau sesiapa yang mempunyai masalah dengan paru-paru...alat ini mungkin boleh membantu paru-paru meningkatkan fungsinya..

Ada sesetengah pesakit mempunyai masalah dengan kandungan oksigen di dalam paru-paru di mana sedikit sahaja oksigen masuk ke dalam paru-paru....dalam erti kata lain selalu semput...alat ni sangat bagus untuk di cuba kerana ia boleh meningkatkan kandungan oksigen dalam paru-paru..

"AN AMAZING, AND INEXPENSIVE, GADGET FOR ANYONE WITH BREATHING ISSUES"

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Tuesday, 4 February 2014

Mari berimaginasi & berimpian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Hari ni tergerak nak bercerita kisah inspirasi yang saya baca melalui buku MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI..Kisah ni sangat bagus untuk renungan kita bersama...

Kisah seorang pemuda dari Indonesia yang bernama Ippho Santosa.Beliau dikenali sebagai pakar otak kanan..huishh..hebat kan gelarannya....Ippho berusia 30-an, semasa kecilnya adalah pelajar yang selalu tidak hadir ke kelas kerana selalu sakit..Akibatnya beliau menjadi pelajar tercorot khususnya dalam Bahasa Inggeris.

Keluarga Ippho bukan dari kalangan orang senang. Malah dia terpaksa menanggung perbelanjaan pengajiannya sendiri. Dia menjual makanan dari jam 6 petang hingga 12 malam setiap hari. Namun, dalam keadaan kekurangan ini pun, Ippho masih berani mencipta dan menggantung impiannya tinggi-tinggi..

Hari ini, Ippho mampu berdiri sebagai penceramah di hadapan ribuan orang.Membangkitkan motivasi mereka agar berani mencipta impian. Buku tulisan beliau '7 Keajaiban Rezeki' mendapat jualan terlaris sejak 2010 di negaranya malah buku ini pernah di ulas oleh Donald Trump, seorang bilionair hartanah di Amerika.

Bukan itu sahaja, beliau juga pernah menjadi penterjemah untuk projek PBB, mencipta lagu dan menulis lirik lagu dalam bahasa Inggeris..Hebat kan Ippho Santosa ni..kita juga boleh jadi seperti beliau.....

Dengan minda, kita boleh berimaginasi. Kita boleh membayangkan bahawa impian kita sudah tercapai walaupun kita baru bermula..paling bagus dapatkan sehelai kertas kosong dan tuliskan impian kita..
Jika tidak suka menulis, boleh melukis. Jika tidak pandai melukis, cari jer gambar-gambar yang berkaitan dengan impian kita, gunting dan tampalkan dalam buku khas..Saya tak berapa pandai menulis..copy paste bolehla...melukis???memang tak berseni langsung so saya pilih cari gambar, gunting dan tampal..macam best jugak kan......MARI MULAKAN SEKARANG!!!!

sharing is caring.....


Sekian ! :)

Monday, 3 February 2014

ESP sumber protein soya terbaik

Assalamualaikum semua.

Masih dalam mood cuti? Ye, samalah kita. Walaupun mood cuti masih menebal, mood mengupdate juga turut menebal. Ekeke. Hari ni saya nak cerita tentang salah satu produk shaklee yang sangat sangat sangat laris dan mendapat sambutan. ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) ! Yea, bagi yang biasa dengan shaklee pasti sudah tahu akan ESP ini. 

Keistimewaan ESP ini ialah, ia merupakan sumber protein soya yang terbaik. Antara keistimewaan lainnya pula ialah  :-
  1. ESP menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten. 
  2. ESP menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu. 
  3. ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
  4. Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.
Oh yea. Saya nak tekankan di sini soya yang digunakan dalam ESP ini adalah Non-GMO (tidak diubahsuai secara gebetik). Apa baiknya kalau dia Non-GMO? Dah tentulah soya Non-GMO ni baik sebabnya kalau soya dari sumber GMO ia akan memberi risiko penyakit kanser dan allergic. Oleh itu, jika anda mahu membeli sebarang protein dari soya, pastikan anda baca dahulu labelnya. Pilih produk yang berlabel Non-GMO. Ingat tu. Mencegah lebih baik dari merawat. :)

Pati ramai juga yang nak tahu kenapa ramai yang sukakan ESP ni kan. Saya yakin, bila anda dah tahu kelebihan ESP ni, anda pun pasti tertarik juga untuk mencubanya. Hehehe. :)

Kenapa ramai yang sukakan ESP?
  1. Kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri 
  2. Memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih.
  3. Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan merupakan salah satu milkbooster yang hebat 
  4. Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  5. Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan. 
  6. Menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati. 
  7. Mengurangkan eczema dan masalah kulit 


Oh yea, jangan salah paham yea. ESP ni bukan untuk wanita mengandung sahaja. Semua boleh minum ESP ni. Tak kiralah dah kawin ke belum, student yang cepat letih, mengantok dan takde tenaga, orang-orang tua, even lelaki pon boleh minum. :)

Jadi apa tunggu lagi ! Dapatkanlah ESP sekarang. Try a glass of ESP today and you will ask for more. Better late than never. Jadi buatlah pilihan bijak memilih protein dari sumber soya Non-GMO. 

BEST PRICE SHAKLEE?

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"