Saturday, 28 June 2014

PERKARA YANG MERENDAHKAN KADAR METABOLISMA BADAN

Assalamualaikum dan salam ramadhan


Hari ni saya nak berkongsi sedikit perkara-perkara yang mampu untuk merendahkan kadar metabolisme badan. Selalu kita mendengar rungutan daripada kawan-kawan dan sahabat handai yang mempunyai masalah berat badan selalu berkata yang kadar metabolisme badan mereka rendah dan ini menyebabkan mereka sukar untuk kurus. Betulkah kenyataan tersebut?

Sebelum tu, apa itu kadar metabolisme?
Ia adalah jumlah kalori yang dibakar oleh badan untuk mengekalkan fungsi badan. Segala aktiviti (termasuk proses pernafasan dan sistem badan) memerlukan tenaga (sumber kalori).

Kadar metabolisme juga dipengaruhi oleh beberapa faktor semulajadi. Antara perkara semulajadi yang mempengaruhi kadar metabolisme ialah :
  1. Komposisi badan - walaupun 2 individu mempunyai berat badan yang sama, individu yang mempunyai berat otot berlebihan akan mempunyai metabolisme yang lebih tinggi kerana otot membakar lebih kalori berbanding lemak.
  2. Genetik - setiap orang mempunyai struktur tulang dan bentuk badan yang berbeza. Orang yang tinggi langsing biasanya mempunyai metabolisme melebihi orang yang berbadan 'stocky'.
  3. Umur - metabolisme akan menurun dengan umur.Dengan itu, keperluan kalori seseorang akan turut menurun. Ini adalah sebab utama kenapa ramai yang menambah berat badan walaupun ambil makanan yang sama (semasa muda).
Setelah mengetahui faktor semulajadi yang tak boleh nak diubah. kita tengok pula perkara-perkara yang mampu merendahkan kadar metabolisme yang boleh kita kawal.

PERKARA-PERKARA YANG MERENDAHKAN KADAR METABOLISME

1.  MENGELAK MENGAMBIL HIDANGAN (SKIPPING MEALS)
Ramai yang salah anggap, mengelak hidangan seperti makan malam (kes yang selalu kita dengar) dapat membantu menurunkan berat badan. BENAR, berat badan akan turun kerana mengelak makan malam akan menyebabkan pengambilan kalori menjadi lebih rendah daripada sepatutnya.. TETAPI ingatlah, kesan ini hanya sementara sahaja.

2.  BUDAYA MAKAN 3 KALI SEHARI
Makan 3 kali sehari akan merendahkan "sedikit' kadar metabolisme, tambah-tambah jika makanan yang dimakan itu adalah berglycemic index tinggi seperti nasi putih.Seperti situasi pertama, memanjangkan waktu di antara 2 hidangan memaksa badan kita bertukar kepada 'starvation mode' (berlapar).

3.  BERPUASA
Berpuasa juga mempunyai kesan yang hampir sama seperti situasi pertama dan kedua.Kesan berpuasa juga sementara. Badan akan mengambil masa beberapa ketika untuk 'MEMAHAMI' situasi puasa itu sendiri.

4.  PERATUSAN LEMAK BADAN TINGGI (GEMUK)
Gula adalah karbohidrat yang paling mudah untuk ditukar kepada glycogen dan disimpan 'sementara' di dalam sel-sel otot sebelum digunakan. Namun, glycogen yang berlebihan akan disimpan sebagai lemak dan ini merupakan punca utama kegemukkan.

5.  MENGIKUT GAYA SANG PEMALAS

Berjalan ke pasar malam dengan perlahan, lenggang-lenggang kangkung, menyuruh si adik kecil mengambil segelas air di dapur (walaupun mampu ambil sendiri), lebih banyak duduk berehat berbanding berjalan dan berdiri, semua aktiviti ini mampu merendahkan kadar metabolisme.

6.  PENGAMBILAN KALORI YANG TERLALU RENDAH

Pengambilan kalori yang terlalu rendah akan menghadkan semua ini. Kesan ketaranya, badan akan menjadi lemah serta lesu dan daya tahan tubuh menjadi lemah.

7.  MENGELAK MAKANAN PEDAS DAN BEREMPAH
Terdapat kajian yang menunjukkan rempah-ratus seperti cili,lada,serbuk kunyit,kari dan jintan mampu meningkatkan kadar metabolisme seseorang. Dengan mengelak makanan pedas dan berempah, metabolisme badan mungkin menjadi rendah.

8.  KURANG BERSENAM
Percaya @ tidak, kekuatan fizikal sebenar manusia terletak pada jantungnya, dan bukan terletak pada sejauh mana besarnya otot badan. Jantung yang sihat merupakan jantung yang boleh bekerja dengan effisien tanpa sebarang gangguan.Daripada jantung jugalah darah dapat dialirkan keseluruh badan supaya otot dan organ badan dapat menjalankan fungsi yang sepatutnya.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Monday, 23 June 2014

STOKIS V8 COLLAGEN X-TRA PLUS DAN V8 SLIMMING FIBER X-TRA PLUS DI JOHOR BAHRU, JOHOR.

Assalamualaikum semua.

Sudah lama tidak menulis di blog ni. kesibukkan berpindah kedai ke lokasi baru membataskan masa mencari bahan untuk menulis di sini. Kini Frenz pharmacy kembali lagi dengan nama baru iaitu FARMASI AZ-ZAHRA. (Klik SINI untuk mengetahui lokasi terbaru kami)

Setelah hampir 2 bulan tiada sebarang entry dari kami, jadi untuk permulaan ini kami ingin memperkenalkan produk baru yang terdapat di farmasi kami. :)

Untuk makluman semua. Kami adalah STOKIS untuk produk V8 COLLAGEN X-TRA PLUS dan V8 SLIMMING FIBER X-TRA PLUS di JOHOR BAHRU, JOHOR.

V8 COLLAGEN X-TRA PLUS


V8 Collagen X-tra Plus mengandungi marine collagen, vitamin c, apple stem cell, glutathione, Estrak craneberry,blueberry,delima,dan garcinia cambogia.

V8 Collagen X-tra Plus bertindak sebagai :
  • Anti-penuaan - membantu proses awet muda
  • Menganjalkan kulit, menutup liang roma dan melicinkan kulit
  • Mengatasi masalah kulit kusam dan tona kulit yang tidak sekata
  • Mencerahkan kulit secara semulajadi
  • Membantu mengurangkan keguguran rambut
  • Mengurangkan sengal dan lenguh otot


V8 SLIMMING FIBER X-TRA PLUS

V8 Slimming Fiber X-tra Plus pula mengandungi bahan-bahan semulajadi seperti ekstrak apple fiber, wheat fibre, psyllium husk, resistance corn fibre, aloe vera dan sebagainya.

V8 Slimming Fiber X-tra Plus mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri seperti :
  • Membantu menyingkirkan toksin dari tubuh dan bertindak sebagai detox
  • Mengenyangkan dan boleh mengelakkan dari makan dengan banyak dan membantu mengekalkan tenaga kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.
  • Membentuk jeli lembut yang bertindak seperti span untuk menyerap air, lebihan lemak, kolesterol dan berbagai toksin, sekaligus menyingkirkan dari tubuh.

TAWARAN HEBAT MENANTI ANDA APABILA ANDA MEMBELI PRODUK INI!!

**Stokis dan pengedar diperlukan segera. Jom tambah pendapatan dengan POWERV8.


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049

"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"