Tuesday 28 January 2014

Sijil halal SHAKLEE 2014

Assalamualaikum semua.

Ramai yang masih tertanya-tanya tentang status halal Shaklee.

Halal ke Shaklee ni? 
Mana nak tahu dia betul-betul halal? 

Ohh yea. Sekarang anda semua tidak perlu berasa ragu-ragu lagi kerana Shaklee telah mengeluarkan sijil halalnya yang tebaru untuk tahun 2014 ini. Wahhh, pantaskan ! :D

SIJIL HALAL SHAKLEE 2014


Ia dikeluarkan oleh ISA (Islamic Services of America). ISA adalah badan pengeluar sijil halal di Amerika yg diiktiraf oleh JAKIM. Di dalam sijil tersebut telah disenaraikan produk-produk Shaklee yang mendapat kelulusan halal sepenuhnya dari ISA.




Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"





Mengapa mesti Ostematrik Shaklee?

Assalamualaikum semua...

Baru-baru ni saya dah tulis pasal AJHT..hari ni saya cerita plak pasangannya..OSTEMATRIX..

Ramai di kalangan kita yang mengabaikan penjagaan kesihatan tulang. Mereka beranggapan kesihatan tulang tidak begitu penting berbanding dengan masalah kanser atau penyakit jantung.

Tulang adalah sokongan utama tubuh kita yang membolehkan kita melakukan aktiviti harian. Risiko terhadap masalah kerapuhan tulang atau osteoperasis akan meningkat jika kesihatan tulang diabaikan. Kerapuhan tulang adalah keadaan tulang yang lemah dan mudah patah. Rawatan untuk tulang yang retak sangat mahal, menelan belanja yang sangat tinggi.

Badan kita tidak menghasilkan kalsium. Oleh itu, badan perlu mendapatkan bekalan kalsium yang mencukupi daripada diet harian.Apabila kita tidak mendapatkan kalsium yang secukupnya untuk keperluan badan, kalsium akan diambil daripada tulang. Untuk memastikan pengambilan kalsium mencukupi setiap hari, jumlah kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada tulang dapat dielakkan.

OSTEMATRIX BUKAN SEKADAR KALSIUM

Ostematrix membekalkan nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukkan dan penjagaan tulang dan gigi.Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.

KANDUNGAN Ostematrix Shaklee
  • 1000mg unsur kalsium dari sumber semulajadi yang mudah diserap dan mempunyai tahap kepekatan yang tinggi
  • 400mg magnesium untuk membantu penggabungan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400iu vitamin D untuk merangsang penyerapan 
  • Boron, terbukti secara klinikal sebagai pemangkin kepada pembentukkan tulang
  • vitamin K, dapat mengikat mineral dengan betul
  • copper, zink, manganese untuk mengaktifkan enzim pembentukkan tulang
KEISTIMEWAAN Ostematrix Shaklee
  • formula membina tulang yang lebih komprehensif dari jenama lain
  • terbukti secara klinikal dapat menambah jumlah kalsium dalam darah
  • bentuknya kecil, salutan yang memudahkan untuk ditelan


Perbandingan antara Ostematrix Shaklee dengan jenama-jenama lain..Caltrate adalah jenama yang sangat popular di kalangan doktor..

keputusan kajian klinikal....


OSTEMATRIX SHAKLEE sangat sesuai untuk setiap lapisan umur...terutama
  • ibu mengandung, ibu menyusukan anak dan wanita yang pernah melahirkan anak
  • mereka yang selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, rasa bisa di tapak kaki, kejang dan kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2..
  • sakit kepala yang teruk dan berhari-hari..



Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"

Saturday 25 January 2014

Istimewa untuk ibu dan ayah tersayang

Assalamualaikum...

Hari ni tetiba teringat kat mak ayah kat kampung...so,entry hari ni ada kaitan dengan mereka..

Ibu bapa sering mengadu sakit lutut dan sakit pinggang?Kesakitan pada sendi seperti lutut dan pinggang biasanya dikaitkan dengan faktor usia.Masalah sakit lutut dan pinggang sering membuatkan mereka mengambil ubat-ubatan tahan sakit bagi mengurangkan kesakitan yang dialami.Mesti pernah kene suruh dengan mereka beli ponstan la, voren la...betul tak?Tu semua adalah ubat tahan sakit..Pengambilan ubat tahan sakit untuk jangka masa panjang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat gastrik ataupun ulcer perut..

Jadi, apakah penyelesaian terbaik untuk masalah ketidakselesaan sendi sebegini?

Terdapat alternatif semulajadi di pasaran untuk menangani masalah sendi ini.SHAKLEE telah mengeluarkan 1 produk yang dinamakan Advanced Joint Health Tablet (AJHT) yang berasaskan tumbuhan Boswellia Serrata. Joint tablet keluaran SHAKLEE ini bukanlah seperti ubat tahan sakit konvensional yang banyak terdapat dipasaran. AJHT ini merupakan supplement yang berkesan untuk masalah ketidakselesaan sendi.

Ni gambar AJHT dengan Ostematrix tapi kita abaikan Ostematrix dulu ye..hari ni kita cerita pasal Advanced Joint Health Tablet (AJHT) dulu naa..


AJHT ni berkesan untuk siapa?

  • untuk mereka yang mempunyai masalah ketidakselesaan sendi seperti sakit lutut, sakit pinggang dan sakit belakang
  • pesakit Rheumatoid Arthritis (RA) dan pesakit Osteoarthritis (OA) yang mempunyai masalah sendi
  • untuk mereka yang mengalami kecederaan sendi akibat bersukan seperti terkehel, terseliuh, kepatahan tulang dan tendinitis.


Dah tau AJHT ni untuk siapa, mesti korang tertanya-tanya..apa la yang best sangat AJHT ni kan??macam sama jer dengan produk sendi dari company yang lain...ohh..no..no.


Keistimewaan AJHT

  • mengandungi estrak dari pokok Boswellia Serrata
  • Estrak Boswellia Serrata mengandungi AKBA (Asetil-Keto-Beta-Boswellik. AKBA adalah bahan anti keradangan semulajadi
  • melalui kajian klinikal di makmal bagi menguji keberkesanannya. Keputusan kajian klinikal, estrak Boswellia dalam AJHT berkesan dalam masa 5 hari selepas penggunaannya..
  • AJHT bebas kondroitin sulfat dimana kondroitin sulfat mengganggu penyerapan Glucosamine.


Amacam..bagus kan AJHT ni...bonus macam ada lagi..angpau pun macam nak dapat dari bos jer..so, ape tunggu lagi..grab la 1 untuk ibu ayah tersayang..mesti mereka sangat-sangat gembira bila dapat hadiah macam ni dari anak mereka...ni pun salah satu cara balas budi diorang jugak kan....hihi


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Wednesday 22 January 2014

Gemuk dengan shaklee

Assalamualaikum semua....

Baru berkesempatan nak tulis entry hari ni...Semalam agak busy sikit tp tak tau la apa yang busynya tu..

GEMUK DENGAN SHAKLEE !

Perhhh...macam takut jer baca tajuk ni...hihi..relax2..tajuk ni ditujukan khas pada si kurus yang nak naikkan berat badan...Ada ke orang nak gemuk??? Jawapannya memang ada sangat2 dan aku tak sangka permintaannya sama hot dengan set untuk kurus...

Nak tau mcmane aku boleh terbekenan dengan set gemuk ni???
Ceritanya bermula bila adik aku yang sorang ni tinggal dengan aku..Bila ku tenung2 dia...YA ALLAH, awat kurus sangat adik aku ni..orang somalia pun ada yang gemuk dari dia...aduhai...umur dah nak mencecah 25 tahun tapi beratnya tak sampai 40kg pun..orangnya tinggi jugak..teruknye la hai..

Disebabkan aku ahli SHAKLEE, so baik aku try produk SHAKLEE kan..bermulalah pencarian produk yang sesuai untuk nak naikkan berat adik aku ni...paling tak boleh blah..siap beli EBOOK kevin zahri lagi..PANDUAN TAMBAH 5KG DALAM 10 MINGGU..macam tu la semangatnya aku..


Set SHAKLEE dah ada , panduan dari kevin zahri pun ada gak..so, bermulalah operasi aku untuk menaikkan berat badan adik aku ni..Setiap hari ku paksa minah ni makan ikut panduan yang aku dah buat..hahaha...gelak jahat sket...kejam tak aku...dan HASILNYA selepas sebulan memang menakjubkan..hampir mencecah 40kg..muka dah montel sket..baju macam muat2 jer...hohoho..sukenye..

RESULT dah cantik aku pun promote la kat orang..seorang minah kedah ni ambil tak sampai 2 minggu dah whatsapp aku..katanya badan dah naik 1kg..selera makan pun bertambah2..SYUKUR..
Satu lagi budak Sarawak...tanya memang bnyak tapi dia beli jugak...tak sampai sebulan whatsapp balik aku..nak repeat order..dia kata lepas amik set ni badan nampak ada naik..seluar dengan baju pun sendat je nak pakai..selera memang terbaik la...borak punya borak baru tau nak kawin pertengahan tahun ni..tu yang kene pantas nak naikkan berat badan...mudah-mudahan berjaya capai target ye dik...

Sapa-sapa yang dah buntu fikiran macamana nak naikkan berat badan, meh la hubungi saya..sapa yang beli dengan saya siap dapat panduan diet yang betul lagi..suke tak???hihihi

Jeng..jeng..jeng...ni la SET GEMUK SHAKLEE yang marvelous tu...



~MEAL SHAKES :
Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral.
Kaya dengan protein dan bebas laktosa
Membantu tumbesaran dengan zat yan diperlukan untuk membina tulang dan sel2
Sumber yang kaya dengan kalsium,fiber dan protein
Rasa vanilla yang sedap dengan bau mengancam..

~VITAMIN B-COMPLEX :
Mempunyai 8 jemis vitamin B yang penting untuk badan
Mengawal kadar metabolisme dalam badan, mengekalkan kesihatan kardiovaskular
Mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan
Memberikan mood gembira dan meningkatkan sistem pertahanan badan

DAPATKAN HARGA ISTIMEWA !

Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"



Monday 20 January 2014

Perjalanan menuju impian [Part 1]


Assalamualaikum....

Hari ni terdetik di hati nak kongsi serba sedikit perjalanan aku menuju impian aku. Impian aku????
Dah lama aku berangan-angan nak ada farmasi sendiri..supaya aku boleh tolong orang yang memerlukan perkhidmatan aku. Besarnya impian ! Time aku tulis entry ni, farmasi aku ni baru berusia 6 bulan...masih bergelut untuk menstabilkannya dengan modal yang cukup terhad..



Aku termasuk dalam group pertama yang kena compulsary service 3+1 dgn goverment...huhu... Lamanya.. Kalau orang lain mesti suka kan.. Yelah.. keje dgn gomen..sape yg tak nak..tp aku sebaliknya sebab aku memang tak bercita-cita untuk kerja dengan gomen..Konon-konon tak suka kerja gomen tp dekat-dekat 5 tahun gak aku bertapa di situ sebelum akhirnya aku mengambil keputusan untuk say bye bye kat goverment..

Bermulalah pencarian kerja di private...Dengan tak reti buat resumenye..aku copy jer dr mr.google dan hantar ke Guardian..tu je lah tempat yang aku tau..Wahhh...senangnya dpt kerja..tak payah interview bagai terus on jer...hoho..dalam semangat nak kerja Guardian, tetiba kawan aku call kata tempat dia nak pharmacist..better offer...hihi..goyah dah ni bila dengar better offer..dah la time tu aku pregnant..dpt ke cuti bersalin? Kalau baru kerja 3, 4 bulan dah nak bersalin..Redah jelah..aku terima offer kawan aku tu bila bos dia boleh berlebih berkurang dan sgt cool orangnya..dan tak kesampaian la nak kerja Guardian...haha

Tup..tap..tup..tap...ehh,dekat setahun dah aku kerja sini..Agak best walaupun staff agak memeningkan kepala..Tiba-tiba..suatu hari datang seseorang ke kedai..aku ingat customer biasa jer tapi rupa-rupanya dia jugak seorang pharmacist yang tengah cari pharmacist untuk branch baru dia..Tang-tang tu jugak offer kerja kat aku..haaishh..dengar dek staff aku karang...Yang bestnya boleh follow plak ape aku nak...perghh.. macam best jer...mcm syok jer ! market tengah tinggi la katakan time tu..

Gedebak...gedebuk...akhirnya aku terima offer tu..bekerjalah aku dengan majikan baru setelah requirement yang aku nak dia dapat penuhi..Tak sampai setahun di branch baru, aku dipindahkan ke HQ sebab branch tu dia nak tutup..apekah ini???? Hq dia adalah di penempatan yang majoriti bangsa cina..wahh.. communication problem ni sbb penduduk kat situ ramai yang tau cakap cina jer..nama jer dok kat jb..dan satu persatu menda yang terlindung akhirnya sedikit demi sedikit terkeluar...

Di sinilah bermulanya semangat berkobar-kobar nak bukak kedai sendiri..dari impian suam-suam kuku akhirnya jadi panas menggelegak..hihi..Walaupun time tu gaji memang bagi aku sudah lumayan,cuti pn ok,working hour pun pendek jer..tak sampai 8 jam pun,kerja goyang kaki jer tapi hati aku macam dah mula tawar...

I SHOULD DO BETTER THAN THAT!!!!!!!! yang boleh beri value pada diri sendiri dan orang lain..
paling penting aku nak tolong bangsa aku....Wah..time tu semangat memang berkobar-kobar..
Tapi  aku tak ada seposen pun modal..nak mintak parents memang tak lah sebab aku ni bukan anak orang kaya...Aku hanya anak seorang peneroka yang ada ramai adik beradik yang masih bersekolah..
Duit simpanan pun tak ada....buntu seketika...tapi Alhamdulillah ada jalan yang diberikan olehNYA...









To be continue.............



Nasib si nasi

Assalamualaikum semua .

Tgk tajuk mcm gempak jer kn... Mcm cite P.Ramlee la plak. tp ini bkn cite nasib si labu labi yer..hihi. Sebenarnya aku nak cite nasib nasi yg selalu dikatakan menjadi penyebab seseorang naik berat badan atau dlm bahasa glamournye..GEMUK !

Selalu sgt aku dengar kalau nak diet tak boleh makan nasi...erk @$#?!!
Blh ke tak makan nasi kalau jenis perut yg tradisional mcm aku ni...nasi adlh mende wajib!!!

Jadi persoalannya, semasa berdiet boleh makan nasi ke? Diet tak makan nasi berkesan tak? Hohoho....soalan apakah ini???

Untuk menjawab segala persoalan ini, sini baca sampai habis untuk tahu jawapannya. :D

Pertama, YA AKAN KURUS !

mcm best jer...mcm best jer.. memang boleh kurus pun sebab pengambilan kalori dah kurang.. Kalau biasa makan nasi 2X sehari (agak2 250 kalori setiap hidangan) dalam sehari dah kurang 500 kalori. Kompem boleh kurus la kan??? Tapi apa terjadi bila korang dah kurus dah makan nasi balik.. Berat naik balik la jawabnya.. Tapi..ukan salah nasi tu yer tp salahkan kuantiti pengambilan nasi tu.. ermmm....agak2 paham tak?

Kedua, BILA DAH KURUS MACAMANE?

Berapa lama nak elak makan nasi?Tahan ke korang?
"bila dah start makan nasi semula..berat mesti naik balik!!"mmg nasi menggemukkan!!
Kesian nasi jadi mangsa keadaan.. Bukan salah nasi semata2 ye tapi sebab pengambilan kalori melebihi pengeluarannya dalam sehari.

Dan yang terakhir, BOLEH MAKAN NASI KE TAK?

Mestilah boleh beb tapi diingatkan berpada-padalah ye..Pastikan kuantiti atau porsi hidangan yang betul.

Tips :
untuk maintain berat badan, makan nasi segenggam tangan jer setiap hidangan dan
untuk kurangkan berat badan, kena makan nasi kurang dari segenggam setiap hidangan..

MORAL OF THE STORY
Jangan salahkan nasi yang dimakan..salahkan tangan yang menceduk nasi berpinggan2..hihi





***IKLAN :)
PROMOSI. PROMOSI. PROMOSI !

SET KURUS SHAKLEE boleh membantu anda menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat...tapi mesti diikuti dengan diet seimbang dan senaman..baru kesannya pun gedeboomm..




~ LECITHIN :
bertindak dengan memecahkan lemak kepada saiz yang lebih kecil.Menghalang lemak ini dari melekat pada salur darah sekaligus mengurangkan risiko mendapat masalah darah tinggi dan penyakit jantung..

~ ALFALFA :
bertindak menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan. Badan akan menjadi lebih segar dan bertenaga apabila toksin disingkirkan..Juga tinggi kandungan fiber/serat yang membuatkan seseorang kenyang lebih lama..


Sebarang pertanyaan atau pesanan boleh hubungi kami di :-

Email : frenzpharmacy@gmail.com
Facebook : https://www.facebook.com/frenzpharmacy
SMS/Whatsapp : 0123498291

atau terus ke farmasi kami

Farmasi Az Zahra
(Frenz Pharmacy)
63, Jalan Perdana 4, 
Taman Pulai Perdana 2, 
81110 Kangkar Pulai, 
Johor Darul Takzim.

Office No : 07-5500049


"PREVENTION IS BETTER THAN CURE"